KOTA TINGGI: Bomba menyelamatkan 19 mangsa melibatkan dua keluarga yang terperangkap dalam banjir di sebuah asrama tahfiz di Kampung Baru Sungai Mas di sini pada Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Masri Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan untuk membantu memindahkan mangsa banjir tersebut pada jam 3.59 petang.
Susulan itu katanya, sembilan anggota diketuai Komander Operasi BBP Penawar, Pegawai Bomba Kanan I Izwani Abd Hamid dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu utiliti dihantar ke tempat kejadian.
"Kita dapati terdapat dua keluarga di sebuah asrama tahfiz terperangkap dalam banjir. Mangsa terdiri daripada tenaga pengajar bersama ahli keluarga masing-masing di pusat tahfiz tersebut.
"Mangsa terdiri daripada dua lelaki dewasa, lima wanita dewasa, 10 kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan. Mereka dipindahkan ke surau berdekatan dewan Kampung Baru Sungai Mas," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, operasi memindahkan semua mangsa banjir berkenaan tamat pada jam 6.29 petang.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 04 2023
Anggota bomba menyelamatkan 19 mangsa banjir di asrama tahfiz Kampung Baru Sungai Mas, Kota Tinggi pada Sabtu. - Sinar Harian
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Banjir: Bomba selamatkan dua keluarga di asrama tahfiz
Bomba menyelamatkan 19 mangsa melibatkan dua keluarga yang terperangkap dalam banjir di sebuah asrama tahfiz di Kampung Baru Sungai Mas pada Sabtu.