awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun

Bernama
Bernama
05/06/2023
07:55 MYT
Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun
Jumlah mangsa di PPS Masjid Bandar Bukit Raja menurun kepada 70 orang daripada 16 keluarga setakat 12 tengah hari tadi, berbanding 135 orang daripada 35 keluarga semalam. - Gambar/ APM
SHAH ALAM: Keadaan banjir di Bukit Raja, Klang, dekat sini semakin pulih dan jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ terus menunjukkan penurunan.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor memaklumkan, jumlah mangsa di PPS Masjid Bandar Bukit Raja menurun kepada 70 orang daripada 16 keluarga setakat 12 tengah hari tadi, berbanding 135 orang daripada 35 keluarga semalam.
"APM Selangor menjangkakan jumlah mangsa akan terus menurun berikutan air banjir kian surut dan keadaan cuaca yang baik hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, beberapa kawasan di Selangor iaitu Bukit Raja, Meru dan Sungai Buloh dilanda banjir ekoran hujan lebat berterusan selama beberapa jam sejak pukul 4 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir selangor
#bukit raja
#banjir
#jumlah mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan