SHAH ALAM: Walaupun tapak gerainya dilimpahi air banjir tetapi itu bukan halangan untuk seorang peniaga burger di Pekan Endau, Mersing, Johor meneruskan perniagaannya seperti biasa.
Riduan Abdul Rahim, 40, berkata dia tiada pilihan selain meneruskan rutin hariannya itu memandangkan mempunyai tanggungan yang perlu disara di rumah selain merancang berkahwin pada penghujung tahun ini.
"Ini sumber pencarian utama saya, keperluan rumah semua datang daripada hasil jualan burger ini. Saya tanggung ibu dan anak saudara selain mahu kumpul duit kahwin juga. Jika tidak meniaga ia akan sedikit kacau (mengganggu).
"Selain itu, barang-barang meniaga telah dibeli dan harganya juga semakin naik. Jika tidak digunakan khuatir ia akan rosak sebab barang-barang ini tidak tahan lama dan saya menanggung kerugian," katanya ketika dihubungi Bernama.
Riduan berkata dia juga perlu mengumpul wang yang cukup untuk membayar sewa tapak perniagaan dengan kadar RM135 setahun.
Riduan yang berniaga sejak hampir 20 tahun lepas berkata biasanya dia mula berniaga seawal 3 petang setiap hari sehingga lewat malam bergantung kepada permintaan pelanggan.
"Kawasan di sini memang kerap banjir. Banjir kelmarin diikutkan tidaklah terlalu tinggi dan menunjukkan sedikit penurunan pada sebelah pagi, semalam.
"Pada sebelah petang (semalam) hujan lebat, air tiba-tiba kembali naik dan mungkin ia juga disebabkan air laut pasang. Jika banjir semakin memburuk saya akan cuti berniaga," katanya.
Ditanya mengenai keadaan rumahnya, lelaki itu berkata kediamannya tidak terjejas memandangkan ia berada di kawasan tinggi namun dia dan keluarga sentiasa berwaspada menghadapi sebarang kemungkinan.
Riduan juga bersyukur jualan burgernya malam tadi laris berikutan banyak kedai makan di pekan itu tutup.
"Saya sangat berharap, semua ini (banjir) akan kembali pulih seperti sedia kala, supaya kita dapat teruskan kehidupan seharian. Kesian pada mereka yang seperti saya, hanya berharap pada hasil jualan untuk menampung kehidupan," katanya yang turut bekerja sambilan sebagai deejay di majlis-majlis perkahwinan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023
Jalan Mersing-Kota Tinggi yang ditenggelami air ekoran hujan lebat berterusan. - Foto fail/JKR
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.