awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Baling pulih, dua PPS ditutup

Bernama
Bernama
22/09/2023
11:39 MYT
Banjir di Baling pulih, dua PPS ditutup
Sebelum ini, kesemua mangsa itu dipindahkan ke dua PPS berkenaan selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berlaku di sekitar Baling sejak petang semalam. - Gambar fail
ALOR SETAR: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Baling bagi menempatkan 102 mangsa banjir sejak malam tadi akan ditutup pada 7 malam ini.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mej (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing susulan keadaan banjir yang telah pulih.
"PPS Masjid Islahiyah Tawar dan PPS Masjid Binjul Luar yang menempatkan 102 orang daripada 33 keluarga itu akan ditutup sepenuhnya pukul 7 malam nanti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, kesemua mangsa itu dipindahkan ke dua PPS berkenaan selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berlaku di sekitar Baling sejak petang semalam.
Hujan lebat di daerah itu juga telah menyebabkan air Sungai Ketil melimpah ke tebing di Kampung Padang Empang dan Kampung Iboi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Baling
#PPS
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan