Skip to main content

Malaysia

Banjir di empat negeri belum reda, 10,549 mangsa dipindah ke PPS

41610279304_BANJIRJOHOR.jpg
41610279304_BANJIRJOHOR.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR:Empat negeri masih lagi terkesan banjir dengan jumlah keseluruhan mangsa 10,549 orang di 132 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut portal info bencana JKM, Pahang masih catat jumlah mangsa tertinggi dengan 5,676 orang.

Lima daerah masih terkesan iaitu Kuantan, Maran, Temerloh, Bera dan Pekan yang catat jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,928.

Sarawak catat peningkatan kes kepada 4,583 mangsa di empat daerah dengan Kuching merupakan daerah paling terkesan.

Banjir | Kemaskini situasi banjir di Sarawak


Begitu juga di Sabah, tiga daerah masih terkesan meliputi Beluran, Pitas dan Beaufort dengan jumlah mangsa keseluruhan 197 orang.

Johor pula semakin pulih apabila dua daerah sahaja terkesan iaitu Batu Pahat dan Segamat dengan jumlah mangsa seramai 93 orang.

Amaran cuaca buruk | Waspada, hujan lebat & angin kencang




Must Watch Video

Advertisement