awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Johor beransur pulih, mangsa berkurang kepada 405 orang

Bernama
Bernama
27/03/2025
01:45 MYT
Banjir di Johor beransur pulih, mangsa berkurang kepada 405 orang
Situasi banjir di Johor beransur pulih dengan jumlah mangsa berkurang kepada 405 orang setakat pukul 8 pagi ini, berbanding 909 orang yang direkodkan, semalam. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor beransur pulih dengan jumlah mangsa berkurang kepada 405 orang setakat pukul 8 pagi ini, berbanding 909 orang yang direkodkan, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan, semua mangsa daripada 116 keluarga, berlindung di lima PPS di dua daerah terjejas iaitu Batu Pahat dan Pontian.
"Daerah Batu Pahat mencatatkan 364 mangsa daripada 107 keluarga, sementara Pontian pula merekodkan 41 orang daripada sembilan keluarga.
"Lima PPS yang masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya dan SK Sinaran Tampok, Pontian; serta Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading, SK Sri Comel dan Dewan Orang Ramai Tongkak Pechah di Batu Pahat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, keadaan cuaca di kesemua 10 daerah di negeri itu dijangka cerah pada pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir johor
#mangsa banjir
#Pusat Pemindahan Sementara
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan