awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada lambakan durian di Perak, permintaan sentiasa tinggi - FAMA
AKPS tolak kemasukan sembilan warga asing di ICQS Bukit Kayu Hitam
Amaran siklon tropika dikeluarkan untuk timur laut Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Kedah: 624 hektar sawah tenggelam, rugi RM4.6 juta

Bernama
Bernama
06/10/2025
14:45 MYT
Banjir di Kedah: 624 hektar sawah tenggelam, rugi RM4.6 juta
Beberapa pesawah meninjau sawah mereka yang ditenggelami air akibat banjir di Pendang, hari ini. - Gambar Bernama
PENDANG: Seluas 624 hektar tanaman padi dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Wilayah III di sini ditenggelami banjir berikutan hujan lebat Jumaat lepas, menyebabkan kerugian kira-kira RM4.6 juta.
Pengerusi MADA Datuk Dr Ismail Salleh berkata hampir keseluruhan tanaman yang sedang menunggu masa untuk dituai musnah akibat bencana itu.
Beliau berkata kerugian adalah berdasarkan kepada purata kiraan hasil lima tan padi bagi setiap hektar sawah, manakala bancian kerugian akan dilaksanakan selepas ini bagi urusan pampasan kepada pesawah terjejas.
"Kita tunggu arahan Jabatan Pertanian untuk mula buat bancian dan pampasan atau insurans bergantung kepada bancian yang dibuat," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan kawasan tanaman padi yang ditenggelami banjir di Kampung Permatang Limau di sini, hari ini.
Ismail berkata masalah banjir di kawasan itu akan dapat diatasi selepas projek rancangan tebatan banjir (RTB) Sungai Anak Bukit dan Sungai Pendang siap kelak, yang dijangka mampu menampung hingga 80 peratus aliran air dari kawasan hulu.
"Isu lain ialah purata turunan hujan di Kedah setahun adalah dalam 2,100 milimeter (mm) dan hingga Oktober kita telah terima hujan sebanyak 1,400 mm," katanya.
Beberapa daerah di Kedah terjejas banjir sejak Jumaat lepas dan setakat pagi tadi 164 orang daripada 51 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS), iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar di Kota Setar dan Dewan Serbaguna di Pokok Sena.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPS
#hujan lebat
#mada
#kawasan hulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan