MALAYSIA
Banjir di Kelantan terutama Rantau Panjang luar biasa - Mustapa

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kanan) menyampaikan bantuan banjir kepada mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsan Rahmat Rantau Panjang hari ini. - Foto Bernama
Situasi banjir yang melanda Kelantan hari ini terutama dalam daerah Rantau Panjang disifatkan sebagai luar jangka.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berpandangan apa yang berlaku hari ini dengan menyaksikan pemindahan lebih lima ribu mangsa banjir, adalah mengejutkan.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO turut menasihati rakyat negeri itu supaya tidak mengambil kesempatan bermain air di musim banjir ini'.
Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 6,110 orang daripada 1,950 keluarga setakat 9 malam ini berbanding 5,245 orang daripada 1,733 keluarga pada 5 petang tadi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami