awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini

Bernama
Bernama
07/02/2025
02:10 MYT
Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Anggota Angkatan Pertahanan Awam menolak kenderaan yang tersadai berikutan jalan raya dipenuhi lumpur akibat banjir kilat di Taman Bariawa, Keningau, 6 Feb 2025. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Sabah kembali meningkat dengan keseluruhan 5,313 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri, setakat 8 pagi tadi.
Di SARAWAK, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi, dengan empat bahagian iaitu Bintulu, Sibu, Miri dan Mukah mencatatkan penambahan jumlah mangsa.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan mangsa banjir di lima PPS di Bintulu meningkat kepada 1,880 orang berbanding 1,612 orang, di Sibu (1,186), Miri (961) dan Mukah (614).
Manakala jumlah mangsa di dua bahagian lain yang turut terjejas dengan bencana itu tidak berubah, dengan Samarahan mencatatkan 51 mangsa dan Sarikei 13 mangsa dengan masing-masing di sebuah PPS.
Sementara itu di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 608 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 479 orang malam tadi apabila sebuah PPS di Dewan Selagon Beaufort dibuka semula petang semalam.
Menurut sekretariat itu 223 orang ditempatkan di PPS Beaufort, 253 orang di dua PPS daerah Kinabatangan dan 132 orang di dua PPS daerah Keningau.
"Sebanyak lima PPS di Sabah dibuka melibatkan tiga daerah iaitu Keningau, Beaufort, dan Kinabatangan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Sabah
#Sarawak
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan