Banjir di Samarahan pulih, PPS ditutup

KUCHING: Banjir di bahagian Samarahan pulih sepenuhnya selepas satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi, iaitu PPS Bangunan Masjid Lama, Kampung Seruyuk, ditutup pada 10 pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan kesemua 37 mangsa banjir daripada sembilan keluarga ditempatkan di PPS berkenaan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
PPS yang dibuka semalam itu menempatkan mangsa dari Kampung Seruyuk.
Banjir kali ini ialah gelombang kedua yang melanda Sarawak, selepas situasi sebelum ini pulih sepenuhnya pada 17 Jan lepas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


