KUALA LUMPUR: Banjir kilat susulan hujan lebat di sekitar Ampang Jaya semalam dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembinaan lebuh raya di kawasan berhampiran, yang mengakibatkan tanah lumpur memasuki sungai dan saliran air.
Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin berkata tanah dan lumpur daripada projek pembinaan itu terlonggok di dalam longkang dan sungai mengakibatkan saliran itu menjadi cetek lalu menyebabkan banjir.
"Saya difahamkan hujan turun selama lima jam dan ia telah membawa 140 milimeter (mm) (hujan)...sungai di sini hanya boleh menampung 60 mm (hujan). Jadi, ia sudah menjadi dua kali ganda menyebabkan air itu melimpah keluar.
"Perkara ini berlaku kerana lumpur kerja-kerja pembinaan lebuh raya yang tersangkut di dalam sungai dan longkang menyebabkan air pada saliran itu cepat naik. Kita akan pastikan kerja pembaikan dipercepatkan dan juga keseluruhan pembangunan lebuh raya itu tidak terjejas dengan kejadian ini," katanya dalam sidang media di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Lembah Jaya Utara di sini hari ini.
Beberapa kawasan di sekitar Ampang Jaya seperti Lembah Jaya Utara, Kampung Melayu Ampang, Kuala Ampang dan Jalan Kolam Air dilanda banjir kilat susulan hujan lebat petang semalam.
Dilaporkan, sejumlah 801 individu daripada 162 keluarga terjejas akibat banjir itu telah dipindahkan ke Dewan MPAJ sejak malam tadi.
BACA: Beberapa kawasan sekitar Ampang dilanda banjir kilat - Bomba
BACA: Mangsa banjir Bukit Belacan dipindahkan
Mengenai kemungkinan pampasan kepada mangsa banjir itu, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata perbincangan akan dilaksanakan terlebih dahulu bersama pihak yang terlibat dengan pembinaan lebuh raya itu sekiranya terdapat kerosakan teruk pada lokasi yang terjejas.
"Itu kita akan bincang kemudian sekiranya ada yang cukup terjejas atau secara penuh (teruk). Seperti infrastruktur awam, ada jambatan yang roboh dan mungkin itu kita boleh lihatkan (bincang). Mungkin pihak terlibat (dengan pembinaan) lebuh raya boleh memberi sumbangan untuk pembinaan semula," katanya.
Selain itu, Zuraida berkata kerja-kerja pembersihan saliran akan dilaksanakan secepat mungkin dengan kerjasama pelbagai agensi terutamanya pihak MPAJ serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) agar mangsa boleh pulang ke rumah dengan selamat dan perkara ini tidak berulang.
Beliau turut memaklumkan bahawa bantuan keperluan asas dan kerja-kerja pembersihan juga akan diberikan kepada mangsa banjir yang terjejas di kawasan berkenaan.
"Saya lihat di sini (pusat pemindahan) agak panas kerana beratapkan zink dan saya akan membeli kipas untuk setiap unit yang ada di sini (pusat pemindahan banjir). Petugas-petugas kita ada, kita akan lihat satu per satu (rumah yang terjejas) dan bersihkan kawasan, kita lihat apa kekurangan dan insya-Allah kita akan bantu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021
Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin melawat kawasan perumahan yang dimasuki air berikutan banjir kilat di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang hari ini. - Foto BERNAMA
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam
Beberapa kenderaan ditenggelami air di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, Presint 11 di sini susulan banjir kilat pada Ahad.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.