awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir Bukit Belacan dipindahkan

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2021
23:50 MYT
Mangsa banjir Bukit Belacan dipindahkan
Kejadian hujan sejak petang semalam mengakibatkan dua kawasan di Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan dinaiki air setinggi kira-kira satu meter. - Foto Astro AWANI
AMPANG: Kira-kira 258 mangsa yang terlibat akibat kejadian banjir kilat di Lembah Permai Bukit Belacan, Ampang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Lembah Permai setakat pukul 10.20 malam tadi.
Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat, Muhammad Razif Ruba’Ai berkata, sebanyak 64 buah rumah telah terkesan ekoran banjir kilat yang berlaku sejak petang semalam.
Turut hadir bagi membantu misi menyelamat dan membantu mangsa banjir adalah Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Daeng Mohd Reduan yang menghulurkan bantuan kebersihan dan makanan.
Turut serta, Pusat Khidmat Pas Lembah Jaya yang memberi bantuan pakaian.
Kejadian hujan sejak petang semalam mengakibatkan dua kawasan di Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan dinaiki air setinggi kira-kira satu meter.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 7.19 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Ampang dan BBP Pandan ditugaskan ke lokasi kejadian.
Topic Berkaitan
#banjir
#Bukit Belacan
#pindah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan