KUALA LUMPUR:Situasi banjir di pantai Timur terutama di Kemaman, Terengganu semakin buruk malam ini apabila air mula memenuhi bandar Chukai dengan lebih 10,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di negeri itu.
Kebanyakan jalan di bandar itu juga mula ditutup kepada kenderaan ringan sejak 7 malam tadi dan peniaga mula memindahkan barang berikutan bimbang berlaku kenaikan air secara mendadak lewat malam ini jika hujan lebat.
Selain Terengganu, negeri jirannya Kelantan juga mengalami situasi sama apabila jumlah mereka yang dipindahkan kini hampir mencecah 6,000 orang dengan bandar Kota Bharu dijangka dilanda banjir mulai tengah malam ini dan air Sungai Golok dilapor semakin meningkat.
Banjir di Kelantan hari ini turut mengorbankan seorang pemuda berusia 20 tahun yang terjatuh dari perahu ketika membawa mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara di Kampung Manjor, Kuala Krai.
Mayat Mohammad Hakimin Rahim ditemukan ahli keluarganya pada 8.30 pagi di tempat mangsa dilaporkan terjatuh dari perahu dan mangsa juga dikatakan kepenatan serta mengalami kekejangan berikutan cuaca sejuk semasa membantu penduduk kampung sejak awal pagi hingga malam.
Di TERENGGANU, laporan terkini bencana banjir negeri Terengganu hingga 8 malam ini merekodkan seramai 11,777 orang daripada 2,947 keluarga dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan dengan Kemaman mencatat bilangan paling ramai iaitu 10,103 orang melibatkan 2,469 keluarga.
Banjir di Terengganu kini melibatkan empat daerah iaitu Kemaman, Dungun (1,334 mangsa), Hulu Terengganu (228 mangsa), dan Besut (112 mangsa).
Di KELANTAN, lima jajahan di negeri itu kini terjejas banjir iaitu Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Gua Musang.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 5,896 mangsa daripada 1,520 keluarga ditempatkan di 74 pusat pemindahan dengan Kuala Krai merupakan jajahan paling terjejas dengan 2,611 orang dipindahkan, Jeli (1,060 orang), Tanah Merah (488), Pasir Mas (896) dan Gua Musang (841).
Situasi berbeza di PAHANG, walaupun lebih 20,000 masih berada di pusat-pusat pemindahan, keadaan banjir di sembilan daerah yang terjejas teruk sejak Ahad lepas, kini beransur pulih dan malam ini jumlah mangsa di pusat-pusat pemindahan berkurangan kepada 22,292 orang daripada 6,068 keluarga berbanding lebih 23,000 orang petang tadi.
Jalan dari Kuantan menghala ke Kuala Lumpur masih terputus di LPT1 dan di beberapa lokasi di jalan lama.
Negeri-negeri lain yang turut terjejas banjir iaitu Johor dan Perak juga terus bertambah baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan semakin berkurangan, manakala keadaan di Beaufort, Sabah tidak berubah dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan kekal 35 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 07 2021
![Banjir di Terengganu semakin buruk, lebih 10,000 dipindahkan Banjir di Terengganu semakin buruk, lebih 10,000 dipindahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51610032789_BANJIRTERENGGANU.jpg)
Kebanyakan jalan di Bandar Chukai, Kemaman itu juga mula ditutup kepada kenderaan ringan sejak 7 malam tadi. - Gambar/ Bernama
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
![Dua keluarga di Felda Neram 2 berdepan detik cemas tanah runtuh Dua keluarga di Felda Neram 2 berdepan detik cemas tanah runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704100538_TBtanahruntuh.jpg)
Dua keluarga di Felda Neram 2 berdepan detik cemas tanah runtuh
Dua keluarga di Felda Neram 2, di sini berdepan detik cemas apabila tanah di belakang rumah mereka runtuh secara tiba-tiba.
![Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703676574_TBBUDAKLEMAS.jpg)
Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.
![Pesara bungkus perabot elak terkena banjir Pesara bungkus perabot elak terkena banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703662888_TBPesarabungkus.jpg)
Pesara bungkus perabot elak terkena banjir
Moh Norddin Ahmad, 60, berkata idea kreatif itu sudah dilakukan pada tahun lepas dengan membungkus kereta Proton Persona dan sebuah motosikal menerusi kaedah yang sama.
![Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor dan Sabah bermula hari ini Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor dan Sabah bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702621936_TBhujan.jpg)
Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor dan Sabah bermula hari ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di seluruh Kelantan dan Terengganu, hari ini.
![Kelantan, Terengganu, Selangor kembali banjir, Perak pulih Kelantan, Terengganu, Selangor kembali banjir, Perak pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702546425_BanjirKampungPasi.jpg)
Kelantan, Terengganu, Selangor kembali banjir, Perak pulih
Tiga negeri kembali dilanda banjir apabila beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kelantan, Terengganu dan Selangor.
![Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000 Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701163269_TBCourtHammer.jpg)
Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000
Seorang warga emas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan mengemukakan borang bantuan banjir yang mengandungi butiran palsu, tahun lepas.
![Banjir Terengganu: Warga emas ditahan cabul kanak-kanak di PPS Banjir Terengganu: Warga emas ditahan cabul kanak-kanak di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700732274_ShadowHand.jpg)
Banjir Terengganu: Warga emas ditahan cabul kanak-kanak di PPS
Dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Kuala Nerus mendakwa menjadi mangsa amang seksual seorang warga emas.
![Banjir Terengganu: 34 sekolah ditutup Banjir Terengganu: 34 sekolah ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700641235_TBBANJIRTGANUSKOLAH.jpg)
Banjir Terengganu: 34 sekolah ditutup
Sebanyak 34 sekolah membabitkan enam daerah di Terengganu terpaksa ditutup pada Rabu kerana dinaiki air dan sebahagian dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).
![Banjir: Lebih 5,000 mangsa berlindung di 38 PPS di Terengganu, Kelantan, Perak Banjir: Lebih 5,000 mangsa berlindung di 38 PPS di Terengganu, Kelantan, Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700626606_banjir.jpg)
Banjir: Lebih 5,000 mangsa berlindung di 38 PPS di Terengganu, Kelantan, Perak
Seramai 5,202 mangsa banjir berada 38 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri terjejas iaitu Terengganu, Kelantan dan Perak setakat 8 pagi ini.
![Banjir Terengganu: TNB tutup bekalan elektrik di sekitar Gong Badak Banjir Terengganu: TNB tutup bekalan elektrik di sekitar Gong Badak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700568255_TBbanjitterenggan.jpg)
Banjir Terengganu: TNB tutup bekalan elektrik di sekitar Gong Badak
Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak menutup bekalan elektrik di sekitar Gong Badak dekat Kuala Nerus setelah paras banjir yang semakin meningkat.