PASIR MAS: Dua pesakit strok dari Kampung Kubang Kual terpaksa melupakan kesakitan dialami semata-mata untuk meredah banjir demi keselamatan diri berikutan paras air mula naik di kawasan mereka.
Suhaimi Jaafar, 64, berkata dia menggagahkan dirinya meredah banjir sejauh 100 meter (m) dari rumahnya untuk sampai ke bahu jalan raya walaupun berasa letih dan kepenatan.
"Hujan lebat berterusan sejak tiga hari lepas menyebabkan air mula naik secara mendadak awal pagi tadi, jadi saya terus minta bantuan anak dan cucu untuk pimpin saya redah banjir yang ketika itu masih lagi paras lutut.
"Bila redah banjir dalam keadaan kita kena strok, badan kita akan rasa menggigil sebab sejuk berada dalam air, tapi apa boleh buat mahu tidak mahu saya dan anak-anak perlu segera keluar dari rumah untuk selamatkan diri sebelum berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS)," katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Kubang Kual, di sini hari ini.
Sementara itu, Ibrahim Mat Ya, 72, pula berkata pada tahun ini sahaja sebanyak tiga kali dia terpaksa menetap di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kual berikutan banjir.
"Selepas diserang angin ahmar sejak 13 tahun lepas, saya hanya mampu berjalan menggunakan tongkat dan apabila hendak redah banjir ia menambah lagi kesukaran untuk saya bergerak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 11 2022
Suhaimi Jafar, 64, dibantu cucunya meredah air untuk mendaftar masuk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kubang Kual ekoran rumah mereka ditenggelami air. - Foto BERNAMA
'BNM dijangka kekalkan kadar OPR'
Standard Chartered Global Research menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada tiga peratus.
AWANI Ringkas: Kerajaan tidak benarkan syarikat Israel berada di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu jadi cabaran global - Ayob Khan
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu (NPS) yang semakin mudah diperoleh melalui internet, turut menimbulkan kebimbangan berikutan kesan serius terhadap pembangunan sosial dan ekonomi.
Hamil semasa musim haji... apa perancangan seterusnya? Ini saranan Tabung Haji
Risiko keguguran amat tinggi kerana di Tanah Suci, jemaah haji banyak berjalan dan berlaku pergerakan yang agresif.
Didakwa kembali rujuk dengan bekas suami, ini respons Puteri Sarah
Lebih menjengkelkan apabila segelintir pihak menggunakan berita palsu semata-mata untuk kepentingan diri.
Insiden letupan: Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron
Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di sini berada pada tahap terbaik.
Apple dilapor bakal ganti iPhone 17 Plus dengan iPhone 17 Slim
Laporan sebelum ini menyatakan iPhone 17 akan menggunakan skrin
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum lagi menerima aduan rasmi mengenai wujud sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
Implan otak Neuralink telah dipasang pada manusia - Boleh mengawal peranti dan komputer
Neuralink syarikat tunas rintis milik Elon Musk telah memasang implan otak pertama mereka pada manusia pertama semalam.
BrainGPT membaca gelombang otak membolehkan pesakit strok “bercakap”
Teknologi AI generatif kini diguna pakai pula untuk membolehkan pesakit strok atau yang mengalami sindrom terkunci di dalam tubuh (locked-in syndrome) untuk kembali bercakap.
Banjir: Dua pesakit strok redah banjir selamatkan diri
Dua pesakit strok dari Kampung Kubang Kual terpaksa melupakan kesakitan dialami semata-mata untuk meredah banjir demi keselamatan diri berikutan paras air mula naik di kawasan mereka.