ALOR SETAR: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Muda yang menempatkan 42 orang daripada 16 keluarga terjejas banjir susulan fenomena kepala air di Gunung Jerai, Yan ditutup pada 10 pagi ini.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah ketika dihubungi berkata, semua penduduk yang ditempatkan di PPS Dewan UMNO Gurun dan Surau Taman Lembah Merbok itu dibenarkan pulang selepas paras air di kediaman masing-masing mulai surut pagi ini.
"PPS Dewan UMNO Gurun yang menempatkan 20 orang daripada enam keluarga dibuka pada 6 petang semalam manakala PPS Surau Taman Lembah Merbok dibuka pada 9 malam tadi dan menempatkan 22 orang daripada 10 keluarga," katanya.
Bagi daerah Yan yang turut terjejas akibat banjir dan fenomena kepala air itu, dua PPS telah dibuka iaitu PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Yan yang menempatkan tiga orang daripada satu keluarga dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi dibuka untuk menempatkan mangsa positif COVID-19.
Bagaimanapun, PPS SK Teroi belum menerima kemasukan penduduk yang terjejas setakat ini walaupun terdapat laporan menyatakan mangsa banjir yang terdiri daripada pesakit COVID-19 dan penduduk yang menjalani kuarantin di rumah telah dipindahkan ke PPS itu.
Selain itu, beberapa kawasan kampung di tiga mukim di daerah Bandar Baharu turut terjejas banjir akibat hujan lebat semalam dan menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan.
"Mukim terlibat ialah Selama, Bagan Samak dan Serdang yang melibatkan tiga kampung dilanda banjir akibat hujan lebat selama dua jam serta pergerakan air laju yang menyebabkan benteng sungai pecah di Sungai Kechil Hilir, Sungai Tebuk Kelantan dan Sungai Salleh," katanya.
Jurucakap itu berkata tiga PPS dibuka di daerah itu iaitu SK Sungai Salleh yang menempatkan 25 orang daripada lima keluarga manakala PPS SMK Lubuk Buntar dan PPS Selama masing-masing menempatkan tujuh orang daripada satu keluarga.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo yang dihubungi mengesahkan tiada mangsa banjir terdiri daripada pesakit COVID-19 dipindahkan ke PPS SK Teroi memandangkan paras air di kediaman penduduk terjejas mulai surut sejak semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 19 2021
Seorang penduduk membersihkan rumahnya yang dipenuhi dengan lumpur dan kotoran di Kampung Seberang Pekan Yan hari ini. - Bernama
Nur Shazrin masih plilhan utama ke Paris - MSA
MSA tidak mahu menekan 'butang panik' selepas atletnya Nur Shazrin berdepan kemungkinan terlepas aksi di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan berulang pada tangan kanannya.
PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi - Azalina
Sebaliknya, beliau berkata, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik.
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.