Skip to main content

Malaysia

Banjir: Dua PPS dibuka di Melaka

81761925020_PPSNadmaBanjir.jpg
Dua PPS dibuka di daerah Melaka Tengah dan Jasin setakat 3 petang ini susulan hujan lebat yang menyebabkan beberapa kawasan terjejas banjir. - Gambar hiasan
Advertisement

MELAKA: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Melaka Tengah dan Jasin setakat 3 petang ini susulan hujan lebat yang menyebabkan beberapa kawasan terjejas banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka memaklumkan PPS di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Pantai Kundor di Melaka Tengah dibuka pada 11.32 pagi dengan menempatkan 15 orang daripada tujuh keluarga.

"PPS Sekolah Kebangsaan Serkam Darat di Jasin pula dibuka pada 1.25 tengah hari dan masih dalam proses pendaftaran mangsa," menurut sekretariat itu menerusi kenyataan hari ini.

Hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air di Melaka Tengah melibatkan Kampung Lereh, Peringgit, Kampung Bachang, Kampung Kolam Limbongan, Tengkera, Bukit Rambai, Tanjung Kling, Pengkalan Perigi dan Kampung Berlian.

Di Jasin, kampung terjejas ialah Kampung Pulai, Kampung Serkam dan Kampung Bukit Tembakau.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement