Banjir: Dua PPS dibuka di Seberang Perai, 33 keluarga dipindahkan

Kampung di Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan dilanda banjir termasuk Kampung Tok Sani, Kampung Terus dan Taman Merak. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI
SEBERANG PERAI: Seramai 33 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Seberang Perai Utara (SPU) setakat jam 6 pagi tadi susulan banjir yang melanda beberapa kampung di Labuh Banting dan Lahar Yooi, Tasek Gelugor.
Ringkasan AI
- Dua pusat pemindahan sementara dibuka di Labuh Banting dan SK Lahar Yooi untuk menempatkan mangsa dari kampung terjejas.
- Kampung di Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan dilanda banjir termasuk Kampung Tok Sani, Kampung Terus dan Taman Merak.
- Paras air tinggi dan limpahan dari Sungai Kulim, Sungai Jejawi dan Parit Siam dikenal pasti sebagai punca utama kejadian.
Antara kawasan terjejas di SPU termasuk Kampung Tok Sani dan Kampung Lahar Yooi. Di Seberang Perai Tengah (SPT), kawasan yang dilanda banjir ialah Kampung Terus dan Kampung Tasek Junjong.
Sementara itu, di Seberang Perai Selatan (SPS), kawasan terjejas meliputi Taman Merak, Jalan Changkat, Taman Jawi Jaya El Chong dan Kampung Sethu.
Banjir di SPU berpunca daripada limpahan air Sungai Kulim yang mencatat paras tinggi.
Di SPT, banjir berlaku akibat aliran air dari Parit Ampat dan Sungai Kulim ke kawasan kampung berdekatan.
Manakala di SPS, limpahan Sungai Jejawi dan Parit Siam Sungai Ampat menjadi punca utama kejadian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


