awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir gelombang keempat bagai 'tsunami kecil'

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
29/01/2024
01:45 MYT
Banjir gelombang keempat bagai 'tsunami kecil'
Antara barangan penduduk di Kampung Shukor yang diseliputi lumpur selepas kediaman mereka dilanda banjir lumpur pada Khamis lepas. - Foto BERNAMA
DUNGUN: Banjir gelombang keempat yang melanda Terengganu khususnya di Kampung Shukor dan Kampung Pasir Raja, Dungun diibaratkan seperti 'tsunami kecil' apabila dirempuh kepala air hingga menelan kediaman penduduk.
Beberapa mangsa yang ditemui menyifatkan bencana alam yang melanda kampung mereka itu antara banjir terburuk dilalui dalam tempoh lebih 50 tahun itu.
Kenaikan paras air secara mendadak itu menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan harta benda dan sebahagian rumah hanya tinggal bumbung.
Jelas mereka, lazimnya setiap kali banjir hanya air bah yang meneggelamkan kediaman, namun kali ini ia beserta dengan lumpur tebal.
"Banjir baru ni memang lebih besar daripada 2014. Kali ini ia datang sekali dengan lumpur.
"Paras air juga tinggi daripada 2014, saya pun tak sangka naik setinggi ini," kata seorang penduduk Muhammad Irfan Zulkarnain.
Insiden banjir besar itu juga menyebabkan beberapa penduduk terpaksa menanggung kerugian besar selepas kediaman mereka rosak dan musnah dibadai banjir.
Jelas mereka meskipun sedih dengan kejadian itu namun mereka reda kerana insiden itu tidak melibatkan kehilangan nyawa.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#banjir
#tsunami kecil
#kepala air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan