awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir gelombang pertama mula melanda Terengganu

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
20/11/2023
01:15 MYT
Banjir gelombang pertama mula melanda Terengganu
Anggota APM memantau kawasan rumah yang terjejas akibat banjir. - Astro AWANI
KUALA NERUS: Gelombang pertama banjir mula melanda Terengganu selepas beberapa kawasan dinegeri itu mula dinaiki air susulan hujan berterusan sejak semalam.
Setakat jam ini sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Tok Jembal dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Mohd. Rosman Abdullah berkata PPS berkenaan mula diaktifkan pada jam 7 pagi tadi.
Katanya ia selepas kediaman penduduk di Taman Permai Murni, Kuala Nerus mula dinaiki air kira-kira jam 4 pagi tadi dan ketika ini proses pemindahan mangsa yang terjejas sedang dijalankan.
"Ketika ini, kita masih melakukan pemindahan mangsa-mangsa terjejas ke PPS yang disediakan,” katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Terengganu bermula semalam sehingga hari ini.
Dalam kenyataan semalam, ia memaklumkan amaran tersebut membabitkan beberapa kawasan di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#hujan lebat
#monsun timur laut
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan