awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Hilir Perak catat jumlah mangsa tertinggi, pusat pemindahan di Selangor berkurangan

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2025
22:50 MYT
Banjir: Hilir Perak catat jumlah mangsa tertinggi, pusat pemindahan di Selangor berkurangan
Pihak berkuasa terus memantau keadaan cuaca dan paras air sungai di kawasan terjejas, manakala agensi-agensi berkaitan digerakkan bagi memastikan bantuan dan keperluan asas disalurkan kepada mangsa yang terlibat. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di beberapa negeri terus menunjukkan perubahan, dengan Hilir Perak kekal mencatatkan angka tertinggi setakat pagi ini.
Menurut data terkini daripada laman web InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Hilir Perak merekodkan seramai 465 mangsa, diikuti Bagan Datuk (335) dan Manjung (221).
Di Selangor, jumlah mangsa banjir menunjukkan penurunan kepada 91 orang daripada 22 keluarga, berbanding 114 orang daripada 45 keluarga yang direkodkan malam tadi.
Ketika ini, hanya tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di negeri itu, kesemuanya terletak di daerah Kuala Selangor.
Sementara itu, situasi di Pahang pula menyaksikan peningkatan jumlah mangsa kepada 79 orang daripada 22 keluarga, berbanding 31 orang daripada 12 keluarga sebelum ini.
Daerah Raub menempatkan 24 mangsa di PPS Balai Raya Kampung Ulu Sungai, manakala tujuh sekeluarga masih berlindung di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan.
Pihak berkuasa terus memantau keadaan cuaca dan paras air sungai di kawasan terjejas, manakala agensi-agensi berkaitan digerakkan bagi memastikan bantuan dan keperluan asas disalurkan kepada mangsa yang terlibat.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#PPS
#paras air sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan