awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: India, Turki tawar bantuan kepada Malaysia - Saifuddin

Bernama
Bernama
24/12/2021
12:06 MYT
Banjir: India, Turki tawar bantuan kepada Malaysia - Saifuddin
Prihatin dengan nasib menimpa mangsa banjir, beberapa negara luar khususnya India dan Turki menyuarakan kesediaan untuk membantu Malaysia, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Prihatin dengan nasib menimpa mangsa banjir, beberapa negara luar khususnya India dan Turki menyuarakan kesediaan untuk membantu Malaysia, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Bagaimanapun, beliau berkata aset dan keupayaan negara masih lagi mencukupi dalam menjalankan operasi bagi membantu mangsa banjir di beberapa negeri yang terjejas.
"Saya ada berhubung dengan Menteri Luar negara berkenaan, jadi mereka tawarkan bantuan...saya rasa Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga ada terima tawaran lain, namun saya difahamkan aset dan pasukan kita masih mencukupi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa banjir di Kampung Surau Putih, Bukit Setongkol, di sini dan turut menyampaikan bantuan makanan serta barang keperluan kepada mereka.
Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan seramai 49,109 mangsa banjir masih ditempatkan di 325 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri yang terjejas banjir setakat 6.20 petang ini.
Sementara itu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota mencadangkan agar mana-mana pihak yang ingin menghantar bantuan kepada mangsa banjir berhubung dengan ketua kampung atau pejabat daerah bagi memudahkan bantuan disalurkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#bantuan
#Malaysia
#India
#Turki
#Saifuddin Abdullah
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan