SEPANG: Sebuah jambatan menghubungkan Dengkil ke Banting yang runtuh akibat banjir Jumaat lalu kini dalam proses baik pulih dan keadaannya bukan semakin buruk seperti tersebar di media sosial, hari ini.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati kerja-kerja baik pulih jambatan FT 31 (Dengkil-Banting), Seksyen 20.80 itu sedang giat dijalankan pihak kontraktor dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR).
Terdahulu, JKR menerusi satu notis memaklumkan jambatan yang menghubungkan Dengkil dan Banting itu ditutup sepenuhnya sejak 17 Disember lalu.
Ia selepas sebahagian jambatan terbabit runtuh akibat banjir yang melanda kawasan terbabit sejak beberapa hari lalu.
Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif menerusi laluan FT29 (Jalan LDP ke Putrajaya), laluan FT21 (Jalan Putrajaya ke Dengkil) dan laluan FT31 (Jalan Banting ke Semenyih).
BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Hari ini, satu video yang dirakam beberapa hari lalu memaparkan keadaan jambatan berkenaan yang runtuh dan dikatakan semakin teruk tersebar di media sosial, menyebabkan ada yang menyangka ia baru sahaja berlaku.
Dalam pada itu, pemantauan Astro AWANI di sekitar daerah terbabit mendapati hampir sebahagian kawasan masih digenangi air sejak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, air mulai surut di banyak kawasan kecuali di Kampung Bukit Changgang dan kawasan sekitar.
Fareez Azman
Wed Dec 22 2021
Pemerhatian mendapati kerja-kerja baik pulih jambatan FT 31 (Dengkil-Banting), Seksyen 20.80 itu sedang giat dijalankan pihak kontraktor dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR). - Gambar AStro AWANI
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Banjir Bukit Changgang: 'Tiada hujan, tiba-tiba banjir' - Mangsa
Penduduk Kampung Bukit Changgang bimbang berikutan paras air yang bergenang di sekitar kawasan berkenaan yang terus meningkat walaupun keadaan cuaca baik sejak pagi tadi.
Banjir: Jambatan Dengkil-Banting runtuh dibaik pulih, keadaan bukan semakin buruk
Sebuah jambatan menghubungkan Dengkil ke Banting yang runtuh akibat banjir Jumaat lalu kini dalam proses baik pulih dan keadaannya bukan semakin teruk seperti tersebar di media sosial, hari ini.