awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Johor: 6 PPS dibuka, 128 mangsa dipindahkan

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
25/09/2022
08:13 MYT
Banjir Johor: 6 PPS dibuka, 128 mangsa dipindahkan
PPS dibuka masing-masing dua di Johor Bahru, Pontian dan Batu Pahat yang menempatkan 128 mangsa daripada 40 keluarga. - Foto ihsan JBPM
JOHOR BAHRU: Enam buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka di tiga daerah di Johor selepas daerah itu dilanda banjir kilat akibat hujan lebat sejak awal pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan PPS dibuka, masing-masing dua di Johor Bahru, Pontian dan Batu Pahat yang menempatkan 128 mangsa daripada 40 keluarga.
Katanya di Batu Pahat, PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintang Peserai dam Sekolah Agama (SA) Seri Bengkal yang masing-masing menempatkan 29 mangsa dari 11 keluarga dan 21 mangsa daripada enam keluarga.
"Lokasi yang dinaiki air di Batu Pahat ialah Kampung Seri Bengkal dan Kampung Bintang Peserai.
"PPS di Pontian yang dibuka ialah SA Kayu Ara Pasong menempatkan 54 mangsa daripada 15 keluarga. Manakala Pusat Kokurikulum Sungai Tempayan menempatkan tiga mangsa dari satu keluarga.
"Di Johor Bahru pula, dua PPS yang dibuka ialah Dewan Raya Gelang Patah menempatkan 17 mangsa dari lima keluarga, dan SK Nong Chik menempatkan 4 mangsa dari dua keluarga," katanya.
Lokasi yang dinaiki air di Batu Pahat ialah Kampung Seri Bengkal dan Kampung Bintang Peserai. - Foto Ihsan JBPM
Lokasi yang dinaiki air di Batu Pahat ialah Kampung Seri Bengkal dan Kampung Bintang Peserai. - Foto Ihsan JBPM
Menurut kenyataan itu, di Pontian kawasan yang masih dinaiki air setakat jam 3 petang tadi ialah Kampung Parit Sapran, Kampung Parit Hj Omar, Jalan Mohsin, Kayu Ara Pasong, Kampung Parit Hj Siraj, Parit Lapis, Kayu Ara Pasong dan Kampung Parit Abdul Rahman.
Di Johor Bahru, lokasi yang dinaiki air ialah Kampung Mohd Amin, Taman Dato Syed Mohd Idrus dan Kampung Baru.
Topic Berkaitan
#banjir johor
#PPS dibuka
#mangsa banjir
#Batu Pahat
#Johor Bahru
#Pontian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan