awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Johor: Jangkaan mangsa meningkat, 4 lagi PPS akan dibuka di Mersing

Aiman Hakeem Awazmin
Aiman Hakeem Awazmin
27/01/2023
10:20 MYT
Banjir Johor: Jangkaan mangsa meningkat, 4 lagi PPS akan dibuka di Mersing
Setakat jam 4 petang, Mersing merekodkan seramai 1,790 mangsa banjir yang terdiri daripada 510 buah keluarga. - Foto Astro AWANI
MERSING: Empat lagi pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka di Mersing, bagi menampung jumlah mangsa yang dijangka meningkat pada minggu hadapan.
Pegawai daerahnya, Mohammed Shakib Ali, berkata persiapan itu dibuat susulan hujan yang diramal berlarutan di daerah itu, sehingga 2 Februari depan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, memaklumkan setakat ini, kesemua 12 PPS di daerah itu berada dalam keadaan terkawal
Manakala pengoperasian pusat itu cukup untuk menampung jumlah mangsa banjir sedia ada.
“Laporan daripada MetMalaysia menjangkakan cuaca signifikan hujan berterusan sehingga 30 Januari. Berkemungkinan akan sambung sehingga 2 Februari.
“Kita telah membuat persediaan untuk membuka empat lagi PPS dalam perancangan kita. Dalam pada itu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah memohon peralatan tambahan di PPS untuk menampung empat lagi buah PPS yang bakal dibuka,” katanya.
LIPUTAN KOMPREHENSIF BANJIR DI SINI
Katanya, PPS Kompleks Taman Hutan Negara Endau Rompin yang sebelum ini menempatkan lebih 200 orang mangsa, telahpun ditutup selepas kesemua mereka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, pada malam Khamis.
Beliau terdahulu ditemui pemberita ketika menyerahkan sumbangan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor, kepada 103 buah keluarga di PPS Politeknik Mersing, pada Jumaat.
Setakat jam 4 petang, Mersing merekodkan seramai 1,790 mangsa banjir yang terdiri daripada 510 buah keluarga.
Topic Berkaitan
#banjir johor
#PPS dibuka
#Mersing
#mohammed shakib ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan