Skip to main content

Malaysia

Banjir Johor: Jumlah mangsa menurun, 3,455 berlindung di 37 PPS

41736663380_banjirjohor.jpg
JOHOR BAHARU: Jumlah penduduk terjejas akibat kejadian banjir di Johor menurun kepada 3,455 orang berbanding 3,471 orang pagi tadi.

Kesemua mangsa kini berlindung di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan lima daerah iaitu Kota Tinggi, Kulai, Johor Bahru, Kluang dan Pontian.

Sebanyak dua PPS baharu dibuka pagi tadi.

Menurut maklumat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Kota Tinggi merekodkan paling ramai penduduk terjejas iaitu seramai 1,158 orang yang ditempatkan di 13 PPS.

Sementara itu, Kulai mencatatkan 542 mangsa dan Johor Bahru (725) dengan masing-masing membuka lima PPS.

Kluang pula merekodkan seramai 530 mangsa ditempatkan di lima PPS dan Pontian (492) (sembilan PPS).




Advertisement

Must Watch Video