HULU TERENGGANU: Jumlah kerugian di Taman Pertanian Negeri Sekayu (TPNS) akibat banjir besar yang melanda daerah Hulu Terengganu sejak Jumaat lepas dianggarkan mencecah RM1 juta.
Pengurus TPNS Mohd Amran Awang berkata, banjir kali ini adalah yang paling teruk pernah berlaku menyebabkan kemusnahan terhadap beberapa prasarana, antaranya Pusat Repisotori Kelulut Indo-Malaya, yang dibuka pada 2016 hasil kerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
"Kerosakan turut berlaku di dewan besar, taman tema kolam renang, asrama penginapan untuk pengunjung, dewan makan, surau, taman kanak-kanak dan di beberapa jalan, serta hakisan tebing sungai.
"Pendawaian elektrik di kesemua prasarana itu juga rosak teruk dan kami menjangka proses baik pulih semua kerosakan ini mengambil masa tiga bulan. TPNS diijangka sedia menerima kedatangan pengunjung paling awal pun pada Julai ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
TPNS yang berkeluasan 85 hektar itu mempunyai pelbagai kebun buah-buahan komersial, tanaman nadir, herba, orkid dan hutan semula jadi yang kaya dengan flora dan fauna.
Ia mula dibangunkan pada 1982 bagi tujuan agropelancongan, ekopelancongan dan edupelancongan di samping menyediakan kemudahan rekreasi kepada orang ramai.
Amran berkata satu daripada tarikan utama di TPNS adalah taman tema air yang dibina pada 2008 dan mampu menampung kapasiti 300 pengunjung pada satu-satu masa.
"Ia sepatutnya dibuka pada hari ini setelah lama ditutup akibat tengkujuh yang bermula pada November lepas. Ramai pengunjung setia menyatakan kekecewaan mereka setelah melihat kerosakan di kolam renang berkenaan.
"Ketinggian air di taman tema itu ialah dua meter dan lumpur yang berada di dasar kolam renang ialah setengah meter. Ia amat menyukarkan kerja-kerja pembersihan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
Banjir kali ini adalah yang paling teruk pernah berlaku menyebabkan kemusnahan terhadap beberapa prasarana. - Bernama
Kawalan dan manipulasi AI boleh membahayakan berjuta orang - Ermieyati
Beliau juga bertanyakan tentang sejauh mana teknologi AI ini dapat melibatkan kepakaran dari golongan wanita.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
Pelajar tahfiz maut terkena renjatan elektrik
Seorang pelajar tahfiz maut selepas terkena renjatan elektrik ketika memegang mentol lampu di kantin asrama madrasahnya di Jertih.
RUU Keselamatan Dalam Talian wajibkan 3 tanggungjawab utama, tingkat keselamatan
RUU Dalam Talian 2024 bakal mewajibkan platform media sosial mematuhi tiga tanggungjawab utama termasuk menjamin keselamatan platform dan melindungi kanak-kanak.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AWANI Ringkas: Ahli perniagaan direman semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gen Z lebih kritis berkarya kerana ketengah isu kritikal
Generasi Z (Gen Z) pada masa kini dinilai bersifat kritis kerana cenderung menghasilkan karya seni yang mengetengahkan pelbagai isu penting melibatkan global mahupun tempatan.
Menurut artis Orang Asal, Shaq Koyok, ini termasuk isu seperti perubahan iklim, ketidakadilan sosial, dan kesaksamaan hak yang penting untuk diekspresikan dalam usaha membawa perubahan.
Menurut artis Orang Asal, Shaq Koyok, ini termasuk isu seperti perubahan iklim, ketidakadilan sosial, dan kesaksamaan hak yang penting untuk diekspresikan dalam usaha membawa perubahan.
'Big Ben' diaktifkan bagi memantau cerun berisiko di Lembah Klang
Kementerian Kerja Raya di bawah Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (CKC JKR) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana atau 'Big Ben' bagi memantau kawasan cerun berisiko di sekitar Lembah Klang.
#AWANInews
#AWANInews
Tanah runtuh Melawati: Amirudin arah MPAJ peka laporan penduduk
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) supaya lebih peka dengan setiap laporan dibuat penduduk kawasan berisiko tanah runtuh.
Ringgit lebih kukuh kerana keyakinan pelabur terhadap agenda pembaharuan kerajaan
Pergerakan nilai ringgit pada tahun ini juga didorong oleh perkembangan dalam pasaran global selain prestasi ekonomi domestik yang kukuh yang menyumbang kepada kenaikan nilai matawang ringgit.
Ahli perniagaan disiasat kes rasuah MBI ditahan semula
Ahli perniagaan yang direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Khamis lalu, berhubung skandal rasuah melibatkan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), telah ditahan semula hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan penahanan itu tetapi tidak memberi ulasan lanjut.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan penahanan itu tetapi tidak memberi ulasan lanjut.
Banjir: Jumlah kerugian Taman Pertanian Negeri Sekayu mencecah RM1 juta
Banjir kali ini adalah yang paling teruk pernah berlaku menyebabkan kemusnahan terhadap beberapa prasarana.