awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Jumlah mangsa di Kelantan, Pahang kekal - NADMA

Bernama
Bernama
03/01/2024
01:45 MYT
Banjir: Jumlah mangsa di Kelantan, Pahang kekal - NADMA
Kenderaan penyelamat pelbagai guna milik sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan menampilkan kelainan untuk menyelamat serta mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Bongor, Pasir Mas pada Isnin lalu. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang direkodkan di Kelantan dan Pahang tidak berubah sejak tengah malam tadi, melibatkan 48 mangsa daripada 13 keluarga yang masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi tadi.
Menurut laporan terkini situasi banjir di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), di Kelantan, jumlah mangsa banjir kekal 26 orang daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di PPS Pasir Mas.
Trend sama turut direkodkan di dua lokaliti di Pahang, dengan jumlah mangsa banjir kekal 12 orang daripada tiga keluarga masih berlindung di PPS Maran, manakala 10 mangsa daripada tiga keluarga berada di PPS Temerloh.
Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati tiga sungai berada pada paras bahaya melibatkan Sungai Pulai di Johor Bahru, Sungai Golok di Tanah Merah (Kelantan) dan Sungai Arau (Perlis).
Laporan itu turut memaklumkan beberapa jalan ditutup akibat kerosakan antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu dan Jalan Sungai Sam ke Dabong di Jeli, Kelantan. - BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#Pusat Pemindahan Sementara
#NADMA
#Pusat Kawalan Bencana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan