awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Jumlah mangsa dipindahkan di Sabah terus meningkat pagi ini

Bernama
Bernama
09/03/2025
03:10 MYT
Banjir: Jumlah mangsa dipindahkan di Sabah terus meningkat pagi ini
Beaufort kekal daerah teramai dipindahkan iaitu 780 orang daripada 249 keluarga dipindahkan ke dua PPS, dan 705 orang daripada 231 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Membakut. - Gambar Facebook APM Negeri Sabah
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini terus meningkat kepada 1,748 orang daripada 570 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 1,010 orang daripada 325 keluarga pada 8 malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Keningau dan Sook merupakan daerah terbaharu dilanda banjir.
Menurut kenyataan itu, 133 orang daripada 50 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Keningau, manakala 130 orang daripada 40 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Sook.
Beaufort kekal daerah teramai dipindahkan iaitu 780 orang daripada 249 keluarga dipindahkan ke dua PPS, dan 705 orang daripada 231 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Membakut.
"Sebanyak 24 kampung terjejas, masing-masing 10 di Beaufort dan Membakut, serta masing-masing dua di Keningau dan Sook. Trend pemindahan mangsa di Beaufort adalah kekal, manakala di daerah lain meningkat," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#mangsa banjir
#Pusat Pemindahan Sementara
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan