Kawasan Mersing yang teruk terjejas akibat banjir mulai pulih dengan penutupan 17 pusat pemindahan banjir daripada 21 pusat pemindahan yang dibuka di kawasan itu.

Seramai 4,000 mangsa banjir daripada 5,716 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada pukul dua petang tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Zulkifli Hashim berkata penutupan itu dibuat selepas air mulai surut berikutan keadaan cuaca yang cerah dan kebanyakan tempat sudah pulih sepenuhnya.

Hanya empat pusat pemindahan dibuka melibatkan 1,389 mangsa iaitu di SK Bandar Endau, SK Agama Pangkalan Batu, SK Labong dan Kompleks Taman Negara Endau Rompin.

Jelasnya lagi, walaupun keadaan hampir pulih dari banjir pihaknya sudah bersiap sedia bagi menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka berlaku pada 10 dan 11 Disember ini.