awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kedah: Dua PPS dibuka di Kubang Pasu

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/11/2021
02:43 MYT
Banjir Kedah: Dua PPS dibuka di Kubang Pasu
Setakat jam 8 pagi ini, jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kedah adalah seramai 286 orang daripada 76 keluarga, yang ditempatkan di lima PPS. - Foto ihsan APM
KUALA LUMPUR: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kubang Pasu dibuka sejak malam tadi, menempatkan 13 mangsa banjir daripada tiga keluarga, susulan hujan lebat yang berlaku mulai lewat petang semalam.
Hujan lebat itu turut menyebabkan kejadian kepala air di pusat peranginan Bukit Wang sehingga mengakibatkan beberapa rumah ditenggelami air.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Malau dan di PPS SK Kampung Tradisi Lembah Keriang.
“Pertambahan PPS itu setakat jam 8 pagi hari ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kedah adalah seramai 286 orang daripada 76 keluarga yang ditempatkan di lima PPS di tiga daerah di negeri ini.
"Setakat ini, PPS di daerah Kota Setar iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent menempatkan seramai 51 mangsa daripada 15 keluarga,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sementara itu, dua PPS di Pendang yang masih beroperasi ialah di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, menempatkan 163 mangsa daripada 41 keluarga, dan Dewan Cenderawasih, dengan seramai 59 mangsa daripada 20 keluarga.
Topic Berkaitan
#kepala air
#pusat peranginan Bukit Wang
#PPS
#Kubang Pasu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan