awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kedah: Ibu, anak pulang dari beli sarapan dikhuatiri lemas

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/09/2024
02:50 MYT
Banjir Kedah: Ibu, anak pulang dari beli sarapan dikhuatiri lemas
Seramai 12 anggota dari BBP Kuala Nerang diketuai PBK II Mohd Faizal Che Mie tiba di lokasi kejadian mangsa dilaporkan dikhuatiri lemas di Padang Terap. - Foto Astro AWANI
PADANG TERAP: Dua beranak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan air deras ketika meredah banjir di Kampung Tanjung Kiri, Jalan Padang Sanai, di sini, hari ini.
Mangsa Salmah Mat Zain, 46 tahun, dan anaknya, Muhammad Rosman Rohaidi, 19 tahun, dipercayai cuba berpaut pada pokok sebelum dihanyutkan air deras.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Aminuddin Mad Khozari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.29 pagi.
Beliau berkata, sepasukan 12 anggota dari BBP Kuala Nerang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Faizal Che Mie tiba di lokasi tidak lama kemudian.
"Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 yang memaklumkan dua mangsa dihanyutkan air deras akibat banjir kilat.
"Tindakan yang dilakukan adalah dengan melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) dengan menggunakan bot aluminium," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Aminuddin berkata, maklumat berkaitan mangsa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 yang memaklumkan dua mangsa dihanyutkan air deras di Padang Terap. - Foto JBPM Kedah
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 yang memaklumkan dua mangsa dihanyutkan air deras di Padang Terap. - Foto JBPM Kedah
Sementara itu, menurut saksi, dua beranak yang dikhuatiri lemas itu sempat meninggalkan nasi lemak yang baru dibeli di atas tunggul pokok di Kampung Tanjung Kanan, di sini.
Mohd Sofi Rhazalee, 39 tahun, berkata ketika kejadian dia baru pulang dari membeli makanan pagi dan ternampak mangsa yang sedang berpaut di pokok getah.
“Saya menjerit minta mereka berpatah balik bagaimanapun ibunya yang berpaut pada pokok getah terlepas, dan anaknya, yang juga orang kelainan upaya lembam, cuba menarik ibunya.
“Selepas itu mereka terkapai-kapai. Kami (bersama penduduk kampung) cuba memanggil namun tak ada tindak balas, dan (mereka) terus dibawa arus,” katanya ketika ditemui di sini.
Foto JBPM Kedah
Foto JBPM Kedah
Difahamkan, dua beranak itu terdahulu menaiki motosikal sejauh lebih tiga kilometer (km) untuk membeli sarapan kerana jalan utama ke rumah mereka terputus akibat dinaiki air.
Mereka kemudian meletakkan motosikal di rumah seorang penduduk dan meredah air di laluan mini tar yang ditenggelami sehingga paras dada orang dewasa untuk pulang ke rumah.
Laluan mini tar tersebut lebih singkat jaraknya iaitu kira-kira satu km untuk ke rumah mereka.
Topic Berkaitan
#lemas
#banjir
#JBPM Kedah
#mangsa banjir
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan