SEPANG: Kekurangan fizikal tidak pernah menghalang Mohamad Shukor Jab yang juga orang kelainan upaya (OKU) untuk turut sama membantu meringankan beban mangsa banjir.
Walaupun terpaksa bertongkat kerana kehilangan sebelah kaki, namun, semangat dan keinginan membantu golongan yang memerlukan khidmat kerja-kerja pembersihan mengatasi kekurangan dalam diri lelaki berusia 45 tahun itu.
Bersama-sama dengan kumpulan 'Dirt Buster Team', Mohamad Shukor yang kehilangan sebelah kaki akibat kemalangan pada usianya 11 tahun merupakan antara peserta sukarelawan yang turun ke daerah ini membantu membersihkan kediaman mangsa yang rosak akibat bencana alam.
Kata Mohamad Shukor, rasa simpati dan kesedihan melihat nasib menimpa mangsa-mangsa banjir menjentik nalurinya untuk menyertai kerja-kerja kemasyarakatan ini.
"Melihat kepada apa yang mereka alami, memang sesiapa saja akan rasa terpanggil untuk datang, kesian mereka. Saya sendiri walaupun OKU tapi tengok keadaan mereka, hilang dan terlupa apa yang saya kurang.
"Setakat ini saya sertai kumpulan 'Dirt Buster Team' yang sangat komited untuk tolong mangsa bencana banjir. Hari ini kita cubalah tolong penduduk di sekitar kawasan ini kerana sukarelawanpun sudah semakin kurang di sini," katanya berkongsi cerita penglibatannya dalam kerja-kerja pembersihan pasca banjir ini bersama Astro AWANI.
[LAPOR LANGSUNG] Misi bantuan, penugasan pasca bencana
Tinjauan Astro AWANI mendapati kebanyakan kediaman di sini masih lagi dalam proses pembersihan.
Penduduk yang terkesan terpaks bertungkus-lumus membersihkan rumah bersama anggota keluarga memandangkan penyertaan golongan sukarelawan mula berkurangan berikutan hari bekerja.
Dengkil merupakan antara kawasan terjejas akibat bencana banjir yang melanda minggu lalu selain beberapa lagi kawasan di negeri Selangor.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Dec 28 2021
Semangat dan keinginan membantu golongan yang memerlukan khidmat kerja-kerja pembersihan mengatasi kekurangan dalam diri Mohamad Shukor Jab. - Gambar Astro AWANI
Yayasan Prihatin SPRM, ELMU Foundation martabat profesion penguat kuasa
Yayasan Prihatin SPRM dan ELMU Foundation menandatangani MoU bagi memperkemas kerjasama kedua-dua pihak dalam melaksanakan program peningkatan integriti, profesionalisme dan kebajikan.
24 polis cedera, 39 penunjuk perasaan ditahan di Melbourne
Sekurang-kurangnya, 24 anggota polis cedera manakala 39 penunjuk perasaan anti-perang ditahan berhampiran Pameran Pertahanan Land Forces Melbourne pada Rabu.
Jurucakap polis Victoria berkata, 39 individu itu ditahan atas kesalahan menyerang, menghalang, mengganggu tugas polis, membakar selain menyekat jalan.
Jurucakap polis Victoria berkata, 39 individu itu ditahan atas kesalahan menyerang, menghalang, mengganggu tugas polis, membakar selain menyekat jalan.
Atlet Olimpik Tom Craig digantung 12 bulan
Pemain Hoki Olimpik Australia, Tom Craig digantung selama 12 bulan selepas disabit kesalahan kerana membeli dadah kokain semasa acara sukan olimpik Paris.
9 ditahan, lebih satu juta pil ekstasi dirampas
Pihak Polis Sepanyol merampas lebih daripada satu juta pil ekstasi dan menahan 9 orang termasuk warga Itali dalam sebuah operasi penumpasan sindiket dadah di Pulau Balearic, Ibiza pada Selasa.
Empat maut dan 14,328 isi rumah terjejas
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di utara dan tengah Thailand, mengakibatkan empat kematian dan menjejaskan 14,328 isi rumah, menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) pada Rabu.
Debat Trump-Harris: Reaksi berbaur Demokrat, Republikan
Calon naib presiden, J.D. Vance memberitahu media ucapan Harris tidak mempunyai "bahan sebenar", dan tidak kedengaran seperti seorang Naib Presiden Amerika Syarikat.
Trump sengaja naikkan kemarahan Harris - Penganalisis bahasa
Norma berkata fakta bahawa Trump memanggil Biden sebagai bos Harris, menunjukkan bahawa Trump sebenarnya sedang meremehkan kedudukan Harris.
Presiden AS: Sokongan Taylor Swift akan beri impak besar
Swift membuat pengesahan itu dalam catatan di Instagram dan akan mengundi Naib Presiden Amerika Syarikat itu dalam pilihan raya pada 5 November depan.
Malaysia tidak perlu bimbang persaingan China-AS
Ini terbukti berdasarkan sejarah perdamaian yang cuba diperjuangkan sebelum ini tidak dapat dicapai kerana AS sudah hilang kredibiliti.
Taufan Yagi: Angka korban dan hilang meningkat kepada 324 di Vietnam
Wilayah Lao Cai adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas dengan 72 kematian dan 111 orang masih hilang.
Taufan Yagi: Angka korban dan hilang meningkat kepada 324 di Vietnam
Wilayah Lao Cai adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas dengan 72 kematian dan 111 orang masih hilang.
Banjir di Thailand: Empat maut dan 14,328 isi rumah terjejas
Mangsa korban termasuk dua individu yang terlibat dalam tanah runtuh di wilayah Chiang Mai, manakala dua lagi maut akibat banjir di Chiang Rai.
Hampir 60 dilaporkan maut, hilang akibat Taufan Yagi
Seramai 59 orang dilaporkan maut atau hilang akibat hujan lebat berpanjangan dan banjir yang disebabkan oleh Taufan Yagi di wilayah utara Vietnam setakat 11.30 pagi Isnin (9 Sept).
Singapura sumbang AS$100,000 untuk usaha bantuan banjir Bangladesh
Sumbangan itu akan menyokong usaha bantuan kemanusiaan dan memenuhi keperluan segera masyarakat terjejas akibat bencana alam berkenaan.
Taufan Yagi: Angka kematian di Vietnam meningkat kepada 9 orang
Banyak kawasan di Quang Ninh, Hai Phong, Thai Binh, Hai Duong, dan Hanoi mengalami gangguan bekalan elektrik.
Amaran cuaca buruk di wilayah utara dan selatan Thailand
Cuaca buruk itu disebabkan monsun barat daya yang kuat di Laut Andaman dan Teluk Thailand, ditambah dengan kesan limpahan daripada Taufan Yagi.
Kerajaan Thailand percepat penilaian kerosakan banjir
Agensi terlibat diarahkan untuk mempercepat tinjauan, memeriksa kerosakan dan melaksanakan langkah-langkah untuk membantu penduduk.
Korban banjir di Filipina meningkat kepada 14 orang
Dua lagi kematian berlaku di wilayah, barat daya Manila, manakala empat orang masih hilang di wilayah, timur Manila.
Selangor mulakan pengurangan air di empangan sebagai persediaan hadapi MTL - Exco
Kerajaan negeri Selangor menerusi LUAS memulakan strategi pengurangan kapasiti simpanan air empangan melalui pelepasan air secara optimum.
Hujan lebat di selatan India ragut 27 nyawa
Angka kematian akibat hujan lebat sejak Ahad di Andhra Pradesh meningkat kepada 15 pada Isnin.