awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Kelantan dilanda gelombang kedua, fenomena kepala air di Lata Berangin

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
30/12/2021
08:42 MYT
Banjir: Kelantan dilanda gelombang kedua, fenomena kepala air di Lata Berangin
Jeli dan Kuala Krai merupakan daerah yang mula dilanda banjir gelombang kedua apabila hujan turun sejak malam tadi. - Gambar ihsan JBPM Jeli
KOTA BHARU: Kelantan kembali dilanda banjir gelombang kedua apabila 686 orang membabitkan 193 keluarga dari dua daerah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi tadi.
Jeli dan Kuala Krai merupakan daerah yang mula dilanda banjir gelombang kedua apabila hujan turun sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air.
Di jeli, seramai 578 orang mangsa banjir dipindahkan ke 8 buah PPS manakala di Kuala Krai pula seramai 99 orang.
Antara kampung yang dinaiki air ialah Sungai Santan, Kuala Balah, Kampung Baru dan Lakota serta Chucuh Puteri di Kuala Krai.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir: Jumlah mangsa di empat negeri kekal, Melaka catat penurunan
Sementara jalan menghubungkan Jeli-Dabong di. Kampung Reka, Kuala Balah ditutup kepada semua kenderaan bermula pukul 11 pagi tadi.
Hujan berterusan khususnya di kawasan Jeli dan Gua Musang memungkinkan peningkatan paras air sungai utama, manakala, angin yang bertiup kencang juga mendorong peningkatan paras air laut dan juga air sungai.
Pihak berkuasa juga memaklumkan fenomena kepala air juga berlaku di beberapa lata dan dan jeram antaranya Lata Berangin di Kuala Krai, Lata Renyuk (Jeli), Sungai Kendrong (Dabong) yang membahayakan pengunjung di kawasan-kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, tiada laporan kerosakan dan korban yang dilaporkan setakat ini di kawasan-kawasan peranginan itu.
Topic Berkaitan
#banjir
#gelombang kedua
#fenomena kepala air
#Lata Berangin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan