awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kelantan: Gangguan elektrik di 77 kawasan berjaya dipulihkan

Bernama
Bernama
03/03/2022
21:48 MYT
Banjir Kelantan: Gangguan elektrik di 77 kawasan berjaya dipulihkan
TNB mengingatkan penduduk supaya tidak menyentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh bagi mengelak kejadian buruk. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya memulihkan bekalan elektrik di 77 kawasan di Kelantan yang mengalami gangguan akibat banjir.
Pengurus Besar TNB Kelantan Mustapha Kamal Yaacob berkata ketika ini pihaknya sedang giat memulihkan bekalan elektrik di beberapa kawasan lain namun bergantung kepada akses perhubungan dan keadaan setempat.
"Di Tumpat, kawasan yang belum mendapat bekalan elektrik ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru, Pulau Seratus, Teluk Renjuna 2, Pulau Dolah, Pulau Suri 1 dan Pulau Suri 2.
"Di Pasir Mas, kawasan masih terjejas ialah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pengkalan Rakit, JPS Bakat 2, Terusan dan Kebakat," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
Mustapha Kamal turut mengingatkan penduduk supaya tidak menyentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh bagi mengelak kejadian buruk.
"Diharapkan penduduk bersabar dan lebih prihatin terhadap perkara ini malah pihak kami amat menghargai kerjasama yang diberikan orang ramai dalam usaha memulihkan bekalan elektrik di kawasan terlibat," katanya.
Mustapha Kamal berkata TNB juga sedang memulihkan bekalan elektrik secara sementara melalui generator statik di kawasan kepulauan Tumpat berikutan kerosakan talian atas bekalan 11 kilovolt (kV) akibat dilanggar kapal korek yang hanyut semasa banjir, minggu lepas.
Pada 27 Feb lepas, media melaporkan seramai 3,000 penduduk terpaksa bergelap apabila kapal korek yang dibawa arus deras dipercayai telah merempuh tiang kabel elektrik sehingga tumbang di Kampung Pulau Beluru, Tumpat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan elektrik
#TNB
#banjir kelantan
#gangguan bekalan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan