awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Kelantan kekal paling terjejas, Perak, Kedah dan Terengganu rekod lonjakan mangsa

Bernama
Bernama
26/11/2025
15:13 MYT
Banjir: Kelantan kekal paling terjejas, Perak, Kedah dan Terengganu rekod lonjakan mangsa
Di Kelantan, mangsa banjir terus meningkat kepada 11,120 orang daripada 4,188 keluarga berbanding 10,578 orang daripada 4,016 keluarga petang tadi. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kelantan kekal mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi dengan lebih 11,000 orang setakat malam ini, manakala Perak, Kedah, Terengganu dan Perlis turut merekodkan peningkatan ketara dan Pahang tidak berubah.
Di KELANTAN, mangsa banjir terus meningkat kepada 11,120 orang daripada 4,188 keluarga berbanding 10,578 orang daripada 4,016 keluarga petang tadi.
Berdasarkan laman web Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 66 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di sembilan jajahan iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.
Laman web Infopublic Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Galas di Limau Kasturi kekal melepasi tahap bahaya setakat 8.30 malam.
Seorang wanita warga emas, Siti Gayah Zakaria, 70, menjadi korban bencana itu selepas dihanyutkan air deras di Kampung Batu Lima, Jalan Jedok, Tanah Merah awal pagi tadi.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir terus bertambah kepada 5,424 orang daripada 1,686 keluarga berbanding 4,739 orang daripada 1,469 keluarga petang tadi yang berlindung di 44 PPS.
Lapan daerah terjejas ialah Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Kuala Kangsar, Larut Matang dan Selama, Muallim dan Batang Padang.
Manjung kekal jumlah mangsa tertinggi dengan 1,983 orang daripada 588 keluarga masih ditempatkan di 16 PPS, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak.
Di KEDAH, angka penduduk dipindahkan ke PPS meningkat kepada 4,142 orang daripada 1,414 keluarga, berbanding 3,101 orang daripada 1,058 keluarga, petang tadi.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah, kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena itu ditempatkan di 21 PPS.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#Kelantan
#bencana banjir
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan