MALAYSIA
Banjir kembali landa Raub, Lipis

Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS. -Gambar fail/Facebook
KUANTAN: Banjir kembali melanda Raub dan Lipis apabila 22 mangsa daripada lapan keluarga di kedua daerah itu dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) susulan hujan berterusan sejak semalam.
Ringkasan AI
- Banjir melanda Raub dan Lipis, menyebabkan 22 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) akibat hujan berterusan.
- Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS.
- Lima sungai di negeri ini berada dalam keadaan berjaga-jaga, termasuk Sungai Jelai dan Sungai Pahang.
"Seramai 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Masjid Kampung Beletik dan Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit," menurut JPBD dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, semakan di portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), lima sungai di negeri ini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga iaitu Sungai Jelai di Jeti Lipis, Sungai Jelai di Jeram Bungor dan Sungai Jelai di Kuala Medang, Lipis; Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh serta Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami