awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
Pesawat Tentera Laut Mexico terhempas di Texas, lima maut, seorang hilang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Kerajaan perlu RM392 bilion laksana RTB di kawasan berisiko - Fadillah

Bernama
Bernama
05/12/2024
05:26 MYT
Banjir: Kerajaan perlu RM392 bilion laksana RTB di kawasan berisiko - Fadillah
Fadillah berkata kementerian berpuas hati dengan projek yang telah dilaksanakan, contohnya projek terowong SMART di Kuala Lumpur yang telah siap sejak 2007. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM392 bilion bagi melaksanakan 365 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di kawasan risiko banjir di seluruh negara bagi tempoh 2023 hingga 2100, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata jumlah itu dikenal pasti kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang telah menjalankan kajian mengikut lembangan sungai utama sebagai pendekatan bukan struktur, bertujuan menyediakan perancangan dan penyelesaian banjir secara menyeluruh.
"Maknanya, kalau nak belanjakan keseluruhan, satu tahun tidak ada bajet untuk semua kementerian (untuk) selesaikan masalah ini.
" ... tetapi, realitinya kemampuan kerajaan terhad, sebab itu kita laksana projek mengikut keutamaan negeri dan kawasan berdasarkan kajian terbabit," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan V. Ganabatirau (PH-Klang) yang ingin tahu tahap kepuasan kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur tebatan banjir dan pelaburan yang berkaitan dengannya serta langkah yang sedang diambil untuk meningkatkan tahap persediaan dan kecekapan tindak balas negara dalam menghadapi banjir.
Berikutan itu, Fadillah berkata kementerian berpuas hati dengan projek yang telah dilaksanakan, contohnya projek terowong SMART di Kuala Lumpur yang telah siap sejak 2007 dengan perbelanjaan sebanyak RM1.97 bilion.
Beliau berkata sepanjang 17 tahun beroperasi, terowong itu telah diaktifkan lebih 600 kali untuk melencongkan banjir dan berjaya mengurangkan risiko banjir di pusat bandar.
Malah, katanya berdasarkan kajian oleh JPS pada 2012, jumlah kerugian yang berjaya diselamatkan hasil pengaktifan lencongan itu bernilai lebih RM4.3 bilion.
Fadillah berkata JPS juga telah mengemas kini dan mengenal pasti sebanyak 4,619 lokasi hotspot banjir di seluruh negara dan tindakan awal telah diambil untuk melaksanakan kerja-kerja mitigasi, seperti penyelenggaraan sistem perparitan, pembaikan, retrofitting dan sebagainya.
"JPS juga memastikan sistem amaran awal melibatkan 534 siren amaran banjir di sungai-sungai utama berfungsi dengan baik," katanya.
Sebagai persediaan tindak balas bencana banjir pula, beliau berkata setiap Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dan daerah diminta untuk melaksanakan koordinasi persediaan awal melalui mesyuarat, mengadakan simulasi dan latih amal bersepadu, persediaan pusat pemindahan sementara (PPS) dan pelaksanaan Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA).
"Bagi penyelarasan pascabanjir, ia meliputi bantuan awal pembersihan dan bantuan pascabencana kepada mangsa.
"Ia termasuk bantuan kewangan dan pembaikan segera kerosakan infrastruktur termasuk meningkatkan kerjasama antara Jawatankuasa Pengurusan Bencana setiap negeri dan daerah bersama pertubuhan bukan kerajaan dan sukarelawan berkaitan penyelarasan bantuan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Projek Rancangan Tebatan Banjir
#RTB
#Fadillah Yusof
#Dewan Rakyat
#Banjir 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan