JOHOR BAHRU: Tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berjaya menyelamatkan kesemua 14 kanak-kanak dan lima guru di Tadika Umiku Sayang, Kampung Mohd Amin di sini susulan banjir kilat yang melanda bandar raya ini, pagi ini.
Pegawai Bomba Kanan II Nazarudin Yusof berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi selepas Pusat Gerakan Operasi negeri menerima panggilan kecemasan pada 9.30 pagi tadi.
"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, PKO bertindak menjalankan operasi penyelamatan dan memindahkan mangsa yang terperangkap dalam banjir ke kawasan selamat iaitu di sebuah restoran makanan segera McDonald's Nong Chik terletak kira-kira 550 meter dari lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi berkenaan ditamatkan kira-kira 10.45 pagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (CEO) Ihsan Johor Farah Faridah Baptist berkata pihaknya turun padang membantu menyelamatkan kanak-kanak terperangkap berusia antara dua hingga enam tahun itu sebelum ditumpangkan di tadika sama di cawangan Larkin.
"Ketika kejadian, kita menghantar peralatan dan pengangkutan bagi membantu membawa keluar kanak-kanak dan guru terjejas. Air naik di tadika itu sehingga paras lutut. Kesemua mereka kini ditempatkan sementara di sebuah lagi tadika di Larkin," katanya yang menerima laporan pada 9.50 pagi.
Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan berasingan memaklumkan sebanyak 10 kawasan di daerah ini dilaporkan terjejas akibat banjir kilat berikutan pertembungan hujan lebat bermula 6.30 pagi tadi dan fenomena air pasang.
Menurut JPBD, sehingga 12 tengah hari ini, kawasan terjejas adalah Batu 10, Skudai; Kampung Dato Sulaiman Menteri; Tabika Kemas, Skudai Kiri; Kampung Mohd Amin; Kampung Ubi; Kampung Tiram Duku; Kampung Peladang; Kampung Baru Muafakat; Kampung Pekajang dan Kampung Paya Mengkuang.
Bagaimanapun, JPBD menyatakan beberapa kawasan yang dinaiki air itu sudah surut dan pemantauan ke tempat kejadian dilakukan dari semasa ke semasa.
Tinjauan Bernama di Kampung Mohd Amin mendapati banjir kilat menyebabkan beberapa rumah penduduk dimasuki air sehingga paras buku lali, halaman rumah mereka pula di paras lutut, manakala jalan raya di hadapan rumah mereka dinaiki air hingga paras paha.
Dalam pada itu JPBD memaklumkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Agama Seri Bengkal dibuka di daerah Batu Pahat bagi menempatkan 29 mangsa daripada 11 keluarga dari Kampung Seri Bengkal yang dibuka sejak 8 pagi tadi.
JPBD turut melaporkan terdapat kejadian ribut di daerah Pontian dan Muar.
Berdasarkan pemantauan dilakukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor, Kampung Sungai Naga, Api-Api; Air Baloi dan Parit Haji Omar, Kayu Ara Pasong adalah tiga kawasan di Pontian yang terjejas akibat ribut, manakala bagi daerah Muar melibatkan Kampung Parit Jamil dan Sabah Awor.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022
Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi selepas Pusat Gerakan Operasi negeri menerima panggilan kecemasan. - Facebook JBPM Johor
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).