awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: 43 mangsa di Kubang Pasu dipindahkan ke PPS

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
14/11/2023
00:40 MYT
Banjir kilat: 43 mangsa di Kubang Pasu dipindahkan ke PPS
Hujan lebat melanda melebihi tiga jam semalam bermula jam 5 petang menyebabkan beberapa kawasan terbabit dinaiki air. - Foto APM Kubang Pasu
KUBANG PASU: Hujan lebat selama lebih tiga jam mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Kubang Pasu, di sini dilanda banjir kilat.
Seramai seramai 43 mangsa daripada 11 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Malau bermula jam 10.25 malam Isnin.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, kesemua mangsa adalah dari Kampung Paya Tok Keong, Paya Tok Teh serta Kampung Biak di Mukim Malau.
"Hujan lebat melanda melebihi tiga jam semalam bermula jam 5 petang menyebabkan beberapa kawasan terbabit dinaiki air.
"Pihak APM Kubang Pasu menerima maklumat berkaitan banjir kilat terbabit dan sepasukan anggota digerakkan ke lokasi untuk melakukan operasi penyelamatan dan pemindahan mangsa.
"Tindakan pantas anggota berjaya menyelamatkan mangsa terutama golongan warga emas, wanita dan kanak-kanak berikutan air naik dengan cepat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mohd Adenin berkata, bilangan mangsa yang dipindahkan ke PPS terbabit adalah seramai lelaki dewasa (8), wanita dewasa (14), kanak-kanak (14), warga emas (5) dan orang kurang upaya (2).
Beliau berkata, status air sungai ketika ini menunjukkan paras air semakin naik dan anggotanya sedang melakukan pemantauan di kawasan terjejas dinaiki air.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#PPS
#mangsa
#APM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan