awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat, air pasang, satu PPS diaktifkan di Merbok

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
21/08/2024
01:45 MYT
Banjir kilat, air pasang, satu PPS diaktifkan di Merbok
PPS di Dewan Kampung Sungai Pial mula dibuka jam 6.30 petang semalam, menempatkan 16 keluarga dari dua buah kampung di Merbok. - Foto APM
SUNGAI PETANI: Hujan lebat berlarutan serta air pasang besar mengakibatkan penduduk di dua kampung di Merbok, di sini, terpaksa dipindahkan selepas dilanda banjir kilat semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Amirul Asyraf Mohamad Mayidin berkata, kawasan terlibat adalah Kampung Huma dan Kampung Sungai Pial menyebabkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan.
“Hujan lebat berterusan ditambah air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan yang berada berdekatan pantai terjejas selepas rumah mereka dinaiki air.
“PPS di Dewan Kampung Sungai Pial mula dibuka jam 6.30 petang menempatkan 16 keluarga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Amirul Asyraf berkata, operasi disertai pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah Kuala Muda.
Topic Berkaitan
#banjir
#hujan lebat
#air pasang besar
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan