awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: Beberapa kawasan di Kerian, LMS dinaiki air

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/09/2023
04:13 MYT
Banjir kilat: Beberapa kawasan di Kerian, LMS dinaiki air
Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar antara yang terjejas akibat banjir kilat di Kerian. - Gambar/ APM
BAGAN SERAI: Hujan lebat selama lebih tiga jam pagi tadi telah menyebabkan beberapa buah kawasan di daerah Kerian dan Larut, Matang dan Selama (LMS) dilanda banjir kilat.
Di Kerian, kawasan dinaiki air ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar dan Taman Serai Perdana manakala di LMS ialah Kampung Bendang Luas, Kampung Masjid dan Kampung Teras.
Bagaimanapun, setakat ini, belum ada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di kedua-dua daerah berkenaan.
Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD), Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kerian, mereka menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 8 pagi.
“Selain hujan berterusan melebihi tiga jam, saliran parit yang kecil tidak dapat menampung kapasiti air di samping kawasan perumahan yang rendah, menjadi punca banjir,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, paras air banjir di kawasan-kawasan terlibat adalah antara 0.3 hingga 0.7 meter.
Sementara itu, jurucakap PKOU APM Daerah Unit Selama berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan air Sungai Ijok melimpahi ke kawasan rumah berhampiran.
Katanya, kawasan-kawasan terlibat dinaiki air sehingga satu meter dan kira-kira 30 buah rumah terlibat.
Pihak APM masih melakukan pemantauan kerana cuaca dilaporkan masih hujan.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#kerian
#LMS
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan