awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat di Kota Tinggi, 34 mangsa dipindahkan

Bernama
Bernama
05/11/2021
15:19 MYT
Banjir kilat di Kota Tinggi, 34 mangsa dipindahkan
Hujan lebat yang berterusan selama lebih dari dua jam menyebabkan kenaikan air dan banjir kilat di kawasan berkenaan. - Foto Facebook JKR Kota Tinggi
JOHOR BAHRU: Tiga puluh empat mangsa banjir dipindahkan ke sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Dewan Kampung Baru Sungai Mas, Penawar dekat Kota Tinggi susulan hujan lebat yang berterusan selama lebih dari dua jam di kawasan itu petang tadi.
Menurut kenyataan dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Tinggi, PPS yang dibuka pada pukul 8 malam itu menempatkan seramai 34 mangsa daripada lapan keluarga dari kawasan Kampung Baru Sungai Mas selepas kediaman mereka dinaiki air.
"Hujan lebat yang berterusan selama lebih dari dua jam yang menyebabkan kenaikan air dan banjir kilat di kawasan kampung berkenaan.
"Pasukan penyelamat telah sampai di lokasi pada jam 6.50 petang dan membawa kesemua mangsa yang terjejas ke Dewan Kampung Baru Sungai Mas," menurut kenyataan itu.
Sehingga kini kawasan berkenaan dilaporkan masih mengalami hujan gerimis dan pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjit kilat
#Kota Tinggi
#mangsa banjir
#Pusat Pemindahan Sementara
#PPS
#Kampung Baru Sungai Mas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan