IPOH: Punca banjir kilat yang berlaku di sekitar Perak baru-baru ini adalah lebih kepada taburan hujan yang sangat lebat ataupun luar biasa, kata Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Ahmad Shahrir Md Naziri.
Beliau berkata pihaknya mendapati terdapat kejadian banjir yang mengalami taburan hujan melampaui 50 skala purata ulangan (ARI), iaitu satu bacaan sangat besar bagi kejadian banjir yang berlaku untuk sungai-sungai kecil.
"Apa yang berlaku di sekitar negeri Perak, kebanyakan kejadian banjir berlaku di kawasan sungainya yang masih lagi tidak lebar dan kapasiti kebiasaannya yang boleh ditampung oleh sungai itu adalah lebih kurang dalam dua sehingga lima ARI sahaja.
"Jadi kami laksanakan pelbagai kaedah untuk perkara ini dan untuk makluman, program persediaan menghadapi banjir telah pun dilaksanakan lebih awal, program tersebut dapat dijalankan dengan lancar, cuma agak sedikit mengejutkan kerana ada sesetengahnya berlaku (kawasan banjir) semasa proses pembinaan masih lagi berjalan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Terdahulu, beliau hadir pada program Sambutan Hari Sungai Sedunia 2023 Peringkat Negeri Perak dan Pelancaran Sahabat Lembangan Sungai Kinta (FOKRB) yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Ahmad Shahrir berkata pihaknya sedang melaksanakan kerja-kerja persediaan banjir itu dan mana-mana projek yang kini dalam pelaksanaan, satu arahan untuk mempercepatkannya telah pun dikeluarkan supaya ia dapat disiapkan lebih awal.
Setakat pagi tadi, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada seramai 38 orang berbanding 35 mangsa daripada lapan keluarga semalam, dan masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak di daerah Kerian.
Sementara itu, Mohammad Nizar berkata FOKRB ditubuhkan pada tahun lepas dan mempunyai 40 ahli daripada 17 kumpulan komuniti atau organisasi tempatan di sekitar Tadahan Sungai Kinta.
"Ahli-ahli sabahat ini telah diperkasakan dalam penjagaan kesihatan Sungai Kinta, sekali gus menjadi mata dan telinga bagi agensi dan jabatan kerajaan untuk menjaga serta melaporkan sebarang pencemaran yang berlaku," katanya.
Pada majlis hari ini, FOKRB, kumpulan komuniti dan JPS daerah Kinta turut diberikan sijil penghargaan dan kit pemantauan sungai untuk bantu melaksanakan aktiviti penjagaan serta pemantauan sungai di kawasan masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023

Punca banjir kilat yang berlaku di sekitar Perak baru-baru ini adalah lebih kepada taburan hujan yang sangat lebat ataupun luar biasa. - Foto Astro AWANI

Cristiano Ronaldo disaman AS$1 bilion angkara Binance
Plaintif meminta ganti rugi melebihi AS$1 bilion kerana Ronaldo terlibat dalam mempromosikan Binance kepada orang ramai.
Jiwa SME: Kesempatan dalam kesempitan melalui ternakan ayam penelur
Baka Hyline Brown boleh menghasilkan sehingga 340 biji telur setahun, memperoleh sokongan luas dan menawarkan penghantaran anak ayam untuk individu yang ingin memulakan penternakan sendiri.

TheNoor akan pindah ibu pejabat ke Madinah sebagai langkah strategik
Langkah ini akan turut memperlihatkan TheNoor menerima akses kepada persekitaran teknikal yang membantu kepada perkembangan inovasi.

Tak patut hentam JDT, ACL 'level' berbeza
Kekalahan tersebut menyaksikan hasrat juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu untuk mara ke saingan kalah mati terkubur.

4 pendatang asing maut, terjun bot haram
Saksi mendakwa mangsa terjun selepas dipaksa untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
![[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas [LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701303061_Netanyahu.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Israel mahu Hamas bukan hanya membebaskan penduduk Israel, tetapi juga anggota tentera yang ditahan.

Gaza di ambang bencana kemanusiaan - PBB
Tegas Antonio Guterres, dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik
Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.
Bapa anak lapan dipenjara 14 tahun
Seorang bapa kepada lapan anak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu selepas didapati bersalah menyebabkan kematian isterinya di kediaman mereka di Semporna, enam tahun lepas.
Calon BN akan ada tugas penting sekiranya menang - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tidak hanya menjadi ahli parlimen biasa sekiranya menang.

Mangsa banjir di Perak kekal, 102 di empat PPS
Pada Sabtu, banjir di daerah Hilir Perak, Kerian dan Kinta mencatatkan jumlah kekal sama seperti tengah malam tadi.

Mangsa banjir di Kedah meningkat, Perak kekal setakat pagi ini
Di Perak, tiada pertambahan mangsa banjir direkodkan dan empat PPS masih beroperasi dengan jumlah mangsa kekal 178 orang.

Mangsa banjir di Perak menurun, 423 orang di lima PPS
Jumlah mangsa pada lewat malam tadi ialah 457 orang daripada 136 keluarga dan berkurang kepada 423 pada jam 8 pagi tadi.

Mangsa banjir di Perak meningkat pagi ini, Selangor semakin pulih
Di Selangor, jumlah mangsa banjir di PPS berkurang sedikit kepada 697 mangsa berbanding 702 malam tadi.

Mangsa banjir di Perak, Selangor catat peningkatan pagi ini
Di Selangor, 768 orang daripada 196 keluarga berlindung di sembilan PPS, meningkat berbanding 722 orang daripada 184 keluarga malam tadi.

Banjir Perak meningkat, 340 mangsa ditempatkan di empat PPS
Penambahan berlaku di daerah Hilir Perak di mana 21 mangsa daripada enam keluarga berlindung di PPS Dewan MPTI, Langkap.

Banjir Perak: Jumlah mangsa meningkat kepada 299 pagi ini
Jumlah itu meningkat berbanding 285 orang daripada 82 keluarga yang dilaporkan tengah malam tadi.

Banjir: 353 mangsa masih berlindung di lima PPS di Perak
Di daerah Hilir Perak, 105 orang daripada 33 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak.

Pengkalan Hulu pula dilanda banjir, mangsa melonjak kepada 419 orang
PPS kelima di Perak dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Kuak Luar pada 11.30 malam tadi.

Banjir: Mangsa di Perak menurun sikit malam ini
Jumlah mangsa banjir di Perak menurun sedikit kepada 379 orang daripada 107 keluarga setakat 10 malam ini, berbanding 386 orang daripada 111 keluarga, pagi tadi.