awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: Dua PPS dibuka di Batang Padang, Muallim

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/10/2023
23:40 MYT
Banjir kilat: Dua PPS dibuka di Batang Padang, Muallim
Anggota bomba membantu menyelamatkan mangsa banjir di di daerah Batang Padang pada Jumaat.
SUNGKAI: Dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Batang Padang dan Muallim selepas banjir kilat melanda beberapa kawasan di daerah berkenaan pada Jumaat malam.
PPS pertama dibuka jam 10 malam di Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru bagi menempatkan 54 mangsa dari 11 keluarga dari kampung berkenaan.
Pembukaan PPS itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batang Padang, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori.
Sehubungan itu, beliau meminta semua jabatan dan agensi memberi bantuan serta kerjasama dalam hal tersebut.
PPS kedua pula dibuka di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Trolak pada jam 11 malam bagi menempatkan 13 mangsa daripada tiga buah keluarga.
Pembukaan PPS ini Pengerusi JPBD Muallim, Mohamad Fitri Hassan.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, hujan di Kampung Klah Baru telah pun berhenti.
“Namun atas faktor keselamatan, kesemua mangsa akan berada di PPS sehingga keadaan selamat dan banjir surut,” katanya.
Dalam pada itu, jurucakap Sekreteriat JPBD Muallim memberitahu, kawasan yang dinaiki air ialah di sekitar laluan utama Trolak Pekan.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Batang Padang
#Pusat Pemindahan Sementara
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan