awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat jejaskan penduduk Baling

Sinar Harian
Sinar Harian
21/09/2023
22:10 MYT
Banjir kilat jejaskan penduduk Baling
APM melakukan pemantauan di beberapa lokasi di Baling yang dilaporkan dinaiki air. - Foto APM
BALING: Sebanyak empat buah kampung di sini dilaporkan terjejas akibat banjir kilat berikutan cuaca buruk sejak Khamis.
Berdasarkan hantaran di laman sosial Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kedah dan APM Daerah Baling, empat kampung tersebut ialah Kampung Ulu Bakai, Kampung Seputih (Mukim Bakai), Kampung Lubuk Pedati (Mukim Baling) dan Kampung Padang Empang (Mukim Kupang).
Menurut hantaran berkenaan, tinjauan APM Daerah Baling mendapati beberapa buah kampung yang terjejas telah diberi nasihat untuk berpindah jika keadaan semakin buruk.
"Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setakat jam 8 malam," katanya.
Difahamkan, hujan lebat yang berlarutan pada pagi dan petang di Daerah Baling telah menyebabkan air sungai berhampiran melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai.
"Orang ramai dinasihatkan peka dengan keadaan sekeliling, jaga keselamatan anak-anak serta keluarga dan bersedia untuk berpindah jika berlaku kenaikan air," katanya.
Pasukan itu juga dilaporkan telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya cuaca bertambah buruk. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#cuaca buruk
#hujan lebat
#APM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan