awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat, kemiskinan bandar perlu diberi perhatian Datuk Bandar KL - Annuar

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
02/10/2020
08:21 MYT
Banjir kilat, kemiskinan bandar perlu diberi perhatian Datuk Bandar KL - Annuar
Mahadi Che Ngah (dua dari kiri) menerima nota serah tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur daripada Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan (dua dari kanan) pada Jumaat disaksikan oleh Annuar Musa (kiri).- Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Isu banjir kilat dan bandar selamat antara perkara yang perlu diberi keutamaan oleh Datuk Mahadi Che Ngah yang baru dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, selain itu, penekanan juga harus diberi pada isu kemiskinan bandar dan kesan COVID-10 kepada warga kota.
"Antara perkara lain ialah menyempurnakan penggubalan dasar perumahan di bandar raya Kuala Lumpur kerana kita rasakan ada aspek perlu diberi perhatian, antaranya tahap rumah mampu milik yang benar-benar mampu dimiliki.
"Juga supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membina rumah bandar raya di setiap kawasan Parlimen bagi memberi peluang pekerja pendapatan rendah menyewa unit rumah yang mereka mampu.
"Itu sebahagian perkara, ada senarai panjang. Datuk Bandar mampu beri perhatian kepada perkara tersebut," katanya semasa sidang media selepas Majlis Serah Tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, kata Annuar, isu pembangunan Kampong Bharu dan kampung tradisi juga akan menjadi antara keutamaan Mahadi selepas ini.
Mahadi yang berkelulusan ijazah dalam bidang Perancang Bandar dan Wilayah memulakan kerjaya di DBKL sebagai Pegawai Perancang Bandar dan Desa pada April 1983 sebelum bersara wajib pada September 2019.
Sementara itu, Mahadi mengakui, beliau sudah biasa dengan permasalahan warga kota dan akan memberi tiga perkara utama dalam tugasan awalnya sebagai Datuk Bandar.
Jelasnya, setiap isu berkenaan akan cuba diselesaikan selain fokus yang diberi Menteri Wilayah Persekutuan sendiri.
"Daripada isu itu, saya boleh simpulkan antara masalah yang akan diselesaikan segera ialah masalah banjir kilat, kesesakan lalu lintas dan urus tadbir ibu kota.
"Ia antara perkara selain (isu) yang diberi menteri. Pada amnya ini yang diletakkan sebagai fokus awal bandaraya," katanya.
Mahadi dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa satu Oktober bagi menggantikan Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan yang tamat perkhidmatan pada 30 September. BACA: Mahadi Che Ngah dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur baharu
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Tan Sri Annuar Musa
#banjir
#Parlimen
#rumah
#Kuala Lumpur
#Datuk Bandar
#Mahadi Che Ngah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan