awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: Kerajaan Pahang salur bantuan awal kepada 140 keluarga di Janda Baik

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
11/05/2022
12:30 MYT
Banjir kilat: Kerajaan Pahang salur bantuan awal kepada 140 keluarga di Janda Baik
Hujan lebat yang berlaku sejak malam tadi,mengakibatkan beberapa kampung di Janda Baik, mengalami banjir kilat pagi tadi. - Foto Roadcare
BENTONG: Kerajaan Pahang sudah menggerakkan bantuan awal kepada penduduk terjejas akibat banjir kilat di Janda Baik, di sini pagi tadi.
Setakat ini, sebanyak 140 kediaman penduduk yang terkesan telah disalurkan bantuan awal seperti kit makanan dan barangan keperluan asas.
Menurut Pegawai Daerah Bentong, Khuzaidi Harun, tenaga sukarelawan turut digerakkan bagi kerja pembersihan di kediaman penduduk yang dijangka bermula esok.
"Penyediaan kit makanan dan juga barang barang keperluan seperti tilam dan bantal sebagainya, (selimut) toto buat sememtara waktu ini.
"Kit bantuan daripada APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia), lagi satu untuk membantu penduduk penduduk kampung ini juga Majlis Tindakan Sosial akan mengadakan gotong royong membersihkan rumah-rumah penduduk yang terlibat mungkin bermula pagi esok," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
[TERKINI] Banjir Kilat | 42 keluarga dua kampung di Janda Baik dipindahkan
Hujan lebat yang berlaku sejak malam tadi,mengakibatkan beberapa kampung di Janda Baik, mengalami banjir kilat pagi tadi.
Antara kampung terlibat adalah, Kampung Sum Sum, Kampung Pulau Santap dan Kampung Chemperoh serta turut melibatkan beberapa resort serta chalet.
Topic Berkaitan
#banjir
#Janda Baik
#Bentong
#pegawai daerah
#Khuzaidi Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan