awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat KL: Pintu air kolam takungan tidak berfungsi?

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
07/02/2021
05:53 MYT
Banjir kilat KL: Pintu air kolam takungan tidak berfungsi?
Sumber Astro AWANI mendedahkan, ketidakfungsian pintu air itu mengakibatkan limpahan air banjir berlaku pada aliran sungai khususnya Sungai Kelang dan Sungai Gombak. - Gambar Astro AWANI/Fauzi Suhaimi
KUALA LUMPUR:Pintu air di semua kolam takungan di ibu negara didakwa tidak berfungsi hingga dipercayai menjadi punca masalah banjir kilat di beberapa lokasi utama dalam pusat bandar.
Sumber Astro AWANI mendedahkan, ketidakfungsian pintu air itu mengakibatkan limpahan air banjir berlaku pada aliran sungai khususnya Sungai Kelang dan Sungai Gombak.
Kata sumber itu, kegagalan itu juga menyebabkan tiada kawalan air dilepaskan secara berkala ke dalam sungai sebagaimana fungsi kolam takungan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Sebenarnya, pintu air di semua kolam takungan di Kuala Lumpur tidak berfungsi. Sepatutnya, apabila hujan turun dengan lebat, semua pintu air di kolam takungan perlu ditutup bagi menakung air sebelum dilepaskan secara berperingkat ke dalam aliran sungai.
"Apa yang terjadi ketika ini, tiada kawalan pelepasan air dari kolam takungan ekoran pintu air didakwa rosak. Ini punca kenapa Kuala Lumpur banjir jika hujan lebat berlaku," dedah sumber itu di sini, pada Sabtu.
Banjir Kuala Lumpur | Pintu air kolam takungan tidak berfungsi?
Semalam, Astro AWANI mendedahkan projek pembinaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Bunus yang sepatutnya menjadi kolam tadahan air didakwa gagal berfungsi kerana tidak diselenggara pihak berwajib.
Laporan Khas | RTB Sungai Bunus tidak diselenggara?
Lebih mengejutkan, tinjauan mendapati, keadaan RTB itu bukan sahaja seolah-olah seperti projek gajah putih, malah ia dipenuhi lumpur, tanah dan sampah.
Dalam pada itu, sumber itu turut mendedahkan, semua perangkap sampah di pintu air juga didakwa gagal berfungsi.
"Perangkap sampah juga sudah rosak dan gagal berfungsi dengan baik," katanya.
BACA: RTB Sungai Bunus 'lupa' diselenggara punca KL terus banjir?
BACA: Apa guna status KL bandar moden terancang, jika isu banjir masih tidak selesai
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#kolam takungan air
#RTB Sungai Bunus
#banjir
#JPS
#Kolam Boyan
#pintu air rosak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan