Skip to main content

Malaysia

Rosmah terharu terima sumbangan, doa untuk Najib

https://www.facebook.com/photo/?fbid=1117613794177298&set=a.154161090522578
Rosmah berkata beliau tidak menyangka masih ramai pihak yang mengambil berat dan sanggup tampil membantu dengan penuh keikhlasan. - Facebook Rosmah Mansor
Advertisement

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor meluahkan rasa terharu susulan sokongan dan sumbangan yang diterima daripada rakan serta sahabat dari dalam dan luar negara bagi membantu suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak memenuhi syarat pembayaran denda RM50 juta untuk membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Menerusi hantaran di media sosial, Rosmah berkata sumbangan itu bukan sahaja diterima daripada kenalan di Malaysia, malah turut datang daripada rakan-rakan dari Brunei, Itali, Singapura dan Kanada.

Beliau berkata, mereka menghubunginya bagi menyatakan kegembiraan terhadap perkembangan terkini mengenai Najib, selain menyatakan hasrat untuk memberikan sumbangan.

"Mereka hanya mahu melihat Datuk (Najib) kembali bersama keluarga. Itu sahaja," katanya.

Rosmah berkata beliau tidak menyangka masih ramai pihak yang mengambil berat dan sanggup tampil membantu dengan penuh keikhlasan.

"Saya benar-benar terharu.

"Hari ini, saya sedar siapa sahabat yang sentiasa bersama kami ketika susah dan senang," katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas segala doa, kasih sayang dan keikhlasan yang diberikan kepada keluarganya.

Must Watch Video

Advertisement