awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat, satu PPS dibuka di Padang Terap

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
05/12/2023
00:20 MYT
Banjir kilat, satu PPS dibuka di Padang Terap
PPS terbabit dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Tualak, Mukim Tualak pada jam 12 tengah malam tadi. - Foto APM
PADANG TERAP: Sejumlah 31 mangsa daripada sembilan keluarga di Kampung Labi, Mukim Tualak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi selepas rumah mereka dinaiki air akibat banjir kilat.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Roshidi Kassim berkata, PPS terbabit dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Tualak, Mukim Tualak pada jam 12 tengah malam tadi.
Beliau berkata, ia susulan hujan lebat yang berpanjangan di daerah ini bermula jam 7 petang semalam menyebabkan kampung berkenaan dinaiki air.
"Operasi memindahkan kesemua mangsa berjalan lancar dengan bantuan agensi penyelamat sejak malam tadi.
"Kesemua mangsa terdiri daripada 12 lelaki dewasa, 15 wanita dewasa dan empat kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Roshidi berkata, pemantauan akan dilakukan oleh anggotanya dari masa ke semasa di kawasan yang dinaiki air di daerah itu.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#banjir kilat
#mangsa
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan